kalau suka boleh klik tajuk2 kat sini

tabung kolej Kuya dan Leo..hehehe

28.2.12

sutera bidadari.

Tajuk: Sutera Bidadari
Penulis: Ramli Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 547 m/s

"Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini..."

Novel ini merupakan kesinambungan dari novel sebelumnya iaitu Cinta Sufi oleh RAM. Kisah pengembaraan Laksamana Sunan atau Saifudin menentang dunia kegelapan Taghut. Dalam kisah ini Saifudin yang tercedera telah dijaga oleh Hang Tuah sehingga dia benar-benar sembuh untuk meneruskan perjuangan menentang Taghut yang tidak putus-putus mahu melakukan kemungkaran.

Sementara itu Taghut yang asyik kalah kepada Saifudin telah dilucutkan kesaktiannya oleh Sang Petala dan di bawa kembali ke tanah negeri asalnya di Romania. Jadi Taghut, manusia yang telah hidup beribu tahun di bawah kuasa sihir syaitan bertukar kembali menjadi manusia tua. Sejarah dirinya mula diimbas kembali sebagai Raja Roman yang kejam tetapi sangat menyintai permaisurinya yang mati membunuh diri. Raja Roman bertekad untuk melakukan pertarungan terakhir dengan Laksamana Sunan.

Kembara Saifudin ke negeri atas angin tempat beradanya Taghut telah ditemani oleh Panglima Awang Bagan, sahabatnya Sadik, Abdol Rohman, Catalina @ Maryam, dan Luna makhluk bangsa Polip yang bersayap. Maryam wanita bangsawan Portugis dan Luna sama-sama menyintai Saifudin tetapi bukan mudah lelaki berduka dari Tanah Rencong itu membuka hatinya pada mana-mana wanita setelah kematian Ratna isteri tercintanya.

Dalam episod ini juga muncul watak Sang Dewi yang sentiasa menganggu Saifudin secara ghaib. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan yang wujud selepas runtuhnya kerajaan Pulau Utara. Tetapi siapakah Sang Dewi yang sentiasa memanggil-manggil Saifudin dengan penuh kepiluan?

Raja Roman pula bertemu dangan Doba si pemuda jalanan yang tamak dengan harta makhluk penghisap darah; Vlad The Impaler seekor pontianak Nosferatu yang kejam. Tanpa ragu-ragu Doba memasuki istana tinggalan makhluk berdarah dingin itu. Akibatnya dia menjadi mangsa Vlad. Doba muncul sebagai pengikut sekaligus menjadi hamba kepada syaitan tersebut.

Pada abad ke 21 pula Abid Kamal dan pembantunya Shahril berusaha menjejak keris Nanggroe yang menjadi senjata lagenda Laksamana Sunan di Lisbon, Portugal. Perjalanan itu menemukan mereka dengan Saifullah penjaga amanah Maryam yang kaya tetapi misteri. Saifullah seolah-olah bayangan kepada Laksamana Sunan apatah lagi dia sangat hebat bertarung. Saifullah menjejak makhluk syaitan Drakul yang mahu menghidupkan kembali Vlad The Impaler yang telah dikunci Laksamana Sunan dengan ayat kursi.

"Awak banyak berteka-teki, Tuan Saifullah" Kata Abid Kamal.
"Soalan yang mungkin mengganggu fikiranmu, Saudara Abid..tanyakanlah."
" Apa ke awak ni...Laksamana Sunan?" Abid Kamal tidak melepaskan peluang itu.
" InsyaAllah...Kita akan sama-sama dapat membanteras kejahatan dari dunia kegelapan." Seperti biasa, Saifullah enggan menjawab soalan itu. Dia hanya meleretkan bibirnya membentuk seulas senyuman.

Jika anda peminat novel-novel RAM, lebih-lebih lagi novel pengembaraan Laksamana Sunan jangan lupa baca novel kelima Laksamana Sunan ni ye...hehehehe...

25.2.12

sabtu yang boring.

 Ni nape ni Kuya? tinggi nooo.. merajuknya?
Kuya: nyampah ngan Leo tu!!!
Ai, baru bersayang-sayang semalam, dah gaduh balik???

Leo: elehhhh...jangan pedulik uwan, Kuya tu cengeng!

eee..korang ni...

23.2.12

nape ntah, tetiba tido berkepit-kepit pulak!

 Masa tido Leo buat-buat cute...

 Kuya pulak buat-buat manja...

 Sekali Leo bagi ketiak hangit dia...

 Tapi Kuya tetap sayang kat adik dia yang kedebab ni...

 I lap U po eber Yo...

Uwan: tengah baik..lap-lap U lah...tapi bila bergumpal habis semua benda dilanggarnya...nak kena cubit budak dua ekor ni..

Leo & Kuya: wekkkk!!!

21.2.12

ayunya anak dara bulu ni...hik hik hik...

Tengoklah si Kuya ni...ayu..sopan santun jer...

 Anak dara mithali ni...

 Tapi depan kamera jer...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Bila dah abis jer bergaya...gini le gaya anak dara ni...huhuhu...

 Kuya: alaaa..orang penatlah...

Nampak tak benda yang dia pegang tu? Itu pengikat wayar. Benda tulah mainan kesayangan dia. Masa nak tidur, bermain atau duduk saja-saja, dia mesti gonggong benda tu. Suka sangat-sangat.

Uwan: selamat duit aku...tak yah beli mainan segala bagai...hehehe...

*p/s: ...semoga abang madan pulang satu hari nanti...

15.2.12

aBG mADAn, JAnGAn nAKaL-NAkAL LAGi!------> kUYa

Leo: Kuya, pakwe ko tu memang seorang pengembaralah kuya...dia lari dari rumah!

Kuya: Abang Madan tersesatlah...sian dia..

Leo: bukan ke ko berdua berjanji nak kahwin lari hari tu?

Kuya: err....


Kuya: cuba ko baring jauh-jauh sketttt...nyebokkkk aje!

Leo: aku tahu ko berangankan abang madan kan????

Kuya: siohhhhhhh...!!!!!

p/s: Alhamdulillah... Abang Madan dah selamat balik...sedih bila dengar dia hilang. Walaupun tak pernah jumpa Abangg Madan tapi saya sayanggg dia..lain kali Abg Madan jangan nakal-nakal tau!

9.2.12

mari bercantai-cantai...-----> Kuya

 Uwan: Amboi korang...senang lenang nampak?

Kuya: mestilah..orang dah penat buat keje...

uwan: keje apa korang buat?

Kuya: errrr...keje main kejar-kejar...hehehe

Leo: kenapa? uwan jeles ke..tapi bakul ni dah tak muatlah..

uwan: uhhh...tak kuasa layan korang nih..aku pergi makan lagi bagus..

Kuya & Leo: hik hik hik...

2.2.12

Edge of the Garden.

Woo..panas betul malam ni..rasa berbahang. Tapi ada benda menarik yang aku nak kongsi.Tadi di TV8 aku telah menonton satu filem menarik. Sangat menarik bagi selera akulah...mungkin korang dah nonton filem ni tapi tak apalah, aku ingin sekali menulis sinopsisnya.

Tajuknya; Edge of the Garden. Ia menceritakan tentang Brian Connor (Rob Estes) seorang lelaki yang sangat fokus terhadap kerjayanya sehingga mengabaikan tunangan sendiri dan akibatnya hubungan mereka telah terputus berantakan.




Kemudian, Brian pindah ke Maine di mana dia telah membeli sebuah syarikat kecil dan bercadang tinggal sementara di situ. Dia membeli sebuah rumah kotej lama tetapi tanpa sedar mula terlibat dengan kejadian-kejadian aneh di rumah tersebut.
 
Dia mendapati ada orang meletakkan jambak bunga segar dalam vase, kemudian dia selalu terdengar suara-suara orang berbicara tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Dia juga menemui seutas rantai berloket hati misteri yang bertulis 'cinta sejati' di dalam saluran paip. Sampai akhirnya dia menemui seorang gadis sedang tercari-cari sesuatu di laman rumah di tengah-tengah malam.

Nama gadis itu ialah Nora (Sarah Manninen). Anehnya Nora menyatakan dia tinggal di situ sedangkan Brian telah membeli rumah tersebut. Akhirnya mereka menyedari mereka memang tinggal di rumah yang sama tetapi berlainan masa! Nora merupakan wanita muda yang hidup di tahun 60an sedangkan Brian merupakan pemilik rumah 50 tahun akan datang. Ini bererti Nora telah menemui seorang lelaki dari masa depan dan Brian pula telah berjumpa wanita dari masa silam. Yang nyata keduanya bukan hantu. Menarikkan? hehehe...

Mereka berhubung melalui surat yang sentiasa disorokkan  Nora dalam bekas tin dekat pendiangan. Dari cerita Nora, Brian mendapat tahu Nora tidak bahagia dengan suaminya Thomas yang pemarah, dingin dan kuat cemburu. Thomas sentiasa mencurigai isterinya bersama Frank seorang pekerja rencam yang diupah membaiki taman mereka. Nora terkongkong dan berasa sangat sunyi. Untuk menghilangkan kesuraman hidupnya dia menumpukan perhatian kepada pokok-pokok bunga di taman.

Jalan cerita filem ini kemas dan mudah difahami. Dalam satu rumah berlaku dua kehidupan yang berlainan dan sungguh aneh bila Brian dan Nora saling bersahabat. Mereka hanya nampak antara satu sama lain dalam masa-masa tertentu sahaja dan selebihnya berkomunikasi melalui surat.

Satu hari Nora telah jatuh sakit. Brian berusaha membantu Nora dengan menyenaraikan ubat yang perlu diambil Nora demi menyelamatkan nyawanya. Senarai ubat tersebut diberikan oleh kawan Brian kerana pada zaman Nora penyakitnya masih dalam peringkat pencarian penawar. Thomas pula mendapat tahu Frank telah membawa Nora bertemu doktor dan ini menyebabkannya sangat marah.

Brian pula cuba mendapatkan cerita-cerita setempat mengenai rumah itu dan mendapati Nora telah mati akibat kebakaran di rumah tersebut. Dalam pada itu bekas tunangannya Julie muncul di tempat kerja. Lalu  Brian menjemputnya untuk makan malam. Ketika di rumah Brian, Julie telah tidak sengaja menjatuhkan loket hati kepunyaan Nora yang disimpan Brian, ke dalam api pendiangan. Ketika itu Brian telah ternampak Nora di taman sedang menangis dan meminta wanita itu melarikan diri dari Thomas.

Tanpa Brian sedar sebenarnya loket yang dijatuhkan Julie itu telah menyebabkan kebakaran di dimensi zaman Nora. Thomas telah mengunci Nora di dalam bilik apabila isterinya itu bertegas hendak meninggalkannya. Dalam keadaan cemas itu Brian telah 'terpindah' masuk ke zaman mereka lalu bersemuka dengan Thomas. Dia melepaskan Nora yang terkunci dan mereka berlari ke pintu. Ketika Thomas mengacukan senapangnya ke arah Brian, keadaan kembali seperti asal.

Brian sangat gembira bila mendapati nama Nora telah muncul di laman buku telefon. Mereka telah mengubah sejarah! Nora tidak mati dalam kemalangan tersebut. Akhirnya Brian berpeluang menemui Nora di masa sebenar dan sudah pasti wanita itu telah pun tua. Nora terkejut melihat Brian kerana penantiannya selama 50 tahun untuk menemuinya telah tercapai. Kerana jasa lelaki itu, dia dapat membina hidup bahagia dengan Frank. Nora memperkenalkan cucunya Sarah yang begitu seiras dengannya ketika muda dan berharap loket itu memberikan mangisnya pula kepada Brian dan Sarah untuk menemui cinta sejati.

Kuya:....uwan...panjangnyerrr...semua orang dah ngantuk baca...

uwan: ...aku punya suka ler.....ngeh ngeh ngeh...

29.1.12

Kembara Ke Angkasa


Tajuk: Kembara Ke Angkasa
Penulis: Sheikh Muszaphar Shukor
Penerbit: MPH Publishing
Tebal: 304 m/s

"Catatan memoir angkasawan Malaysia pertama."

Masih ingat peristiwa bersejarah yang berlaku kepada bangsa Malaysia pada 10 Oktober tahun 2007?

Pada tahun tersebut angkawasan pertama negara Sheikh Muszaphar Shukor telah berlepas ke ISS dengan Soyuz TMA-II dari Kazakhstan (pukul 7.21 malam waktu tempatan, tapak pelancaran: Baikanur Cosmodrome). Beliau telah berlepas bersama-sama Jurutera penerbangan (Rusia)Yuri Malanchenko dan Komander (USA) Peggy Whitson dalam penerbangan yang mendebarkan sekaligus mengujakan.

Selepas 12 hari berada di angkasa Sheikh Muszaphar pulang dengan angkasawan Fyodor Uchikin dan Oleg Kotov. Mereka kemudian terbabas 350 km dari tapak pendaratan asal. Namun segalanya berjalan lancar selepas itu dan beliau telah membawa bersama ujikaji yang diamanahkan kepadanya sebelum ini iaitu tiga ujikaji yang melibatkan tiga komponen penting seperti ujian sel di angkasa, mikrob di angkasa dan pengkristalan protein. Kajian juga dibuat untuk Malaysia  melibatkan Sains Hayat, kajian otot untuk Agensi Angkasa Eropah dan kajian kesan radiasi untuk Jepun.

Penerokaan Manusia ke angkasa lepas telah berlaku beberapa dekad yang lalu bila Yuri Gagarin dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dalam masa 108 minit menggunakan Vostok 1 pada bulan April 1961.

Buku ini pula menceritakan pengalaman Sheikh Muszaphar sebagai warga yang bertuah dapat belajar di Pusat Latihan Angkasa Yuri Gagarin, Star City Rusia dan berpeluang terbang ke angkasa lepas apabila Malaysia membeli 18 jet pejuang Sukhoi 30 mkm yang bernilai 3.42 billion. (Program angkasa ini menjadi timbal balik perjanjian pembelian tersebut).

Sheikh Muszaphar meletakkan segala cerita permulaan perjalanannya sebagai angkasawan sebaik sahaja mengetahui kewujudan program itu dan mengisi borang di internet. Sejak itu juga dia bertekad menyiapkan diri walaupun program tersebut kelihatan masih samar-samar dan kita tertanya-tanya benarkah ia wujud?

Beliau juga menceritakan keadaan proses pembelajarannya di Star City, eksperimen-eksperimen kesihatan yang terpaksa dijalaninya dan kehidupannya selama setahun berada di Rusia juga perasaannya menangani tekanan kerana dibahunya terdapat harapan besar rakyat Malaysia serta kemahuannya yang sentiasa ingin cemerlang di setiap peperiksaan yang diduduki di pusat tersebut.

Buku ini memberi inspirasi betapa keazaman manusia dalam keinginan untuk mencapai satu-satu perkara dalam hidup mereka akan berjaya seandainya mereka berusaha keras. Latihan yang dilalui oleh angkasawan pertama Malaysia ini bukanlah perkara main-main yang boleh kita pandang sebelah mata. Jika tidak ada jiwa, mental dan fizikal yang kuat adalah mustahil beliau dapat berada dalam senarai angkasawan yang telah terbang ke angkasa, sebab ada ramai angkasawan yang berlatih bertahun-tahun malah seumur hidup mereka masih tidak berpeluang terbang.

Buku ini amat sesuai sebagai koleksi dalam aspek motivasi. Lagipun banyak gambar-gambar menarik yang disertakan dan bahasanya pun tidak sukar dicerna. Tak rugi memilikinya (^__^)







ahhhh...letih baca citer uwan...tido lagi best...

The mammoth book of best new Manga 3.




Tajuk: Best New Manga 3
Di edit oleh: ILYA
Penerbit: Robinson
Tebal: 448 m/s

Hah! kalau nak tahu buku berkertas licin dan cantik dengan warna warni ni aku beli dengan harga cuma RM 17.90 berbanding harga asalnya RM 66.90. Aku beli di Book Xcess...hehehehe...(masa dapat ni rasa nak guling-guling!)..



Ok, semua isinya adalah hasil kerja para pelukis manga berbakat  yang sedang bertapak di dunia manga. Mereka datang dari seluruh dunia! Ada dari Tahiland, Malaysia, USA, Eropah, China, Jepun dll.



Di dalam ni memang terkumpul cerita-cerita manga pendek yang terpilih dan lukisan yang sangat bagus dengan kelainan masing-masing.

Antara cerita yang menarik hati dan menyentuh hati ialah My Robot (Paul Harrison-Davies), Ed & Ecchi (Shari Chankhamma), dan July Tenth (Eve Yap).
 Siapa peminat manga, buku ini memang memberi inspirasi dan berbaloi untuk koleksi anda!
(^__^)v

27.1.12

adik beradik; jangan gaduh - gaduh...


Tengok, bila gaduh macam ni lah...teruk Kuya di smack down..hik hik hik...

Kadang kala dalam kehidupan kita sejak kecil lagi sesama adik beradik adalah perkara biasa bila kita bergaduh, berbaik, bergaduh balik dan lepas tu berbaik lagi....

Namun ketika dalam proses kedewasaan adik beradik menjadi orang yang paling rapat atau pun musuh yang ketat. Bergantung bagaimana situasi masing-masing dibesarkan.

Cuma sedih bila melihat adik beradik yang rapat masa kecil bermasam muka ketika dewasa hanya kerana berebut harta. Selalunya berlaku bila masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Apatah lagi jika mendapat pasangan yang mempengaruhi ke arah perasaan dengki mendengki antara keluarga sendiri. Isu tanah pusaka, rumah pusaka, harta tinggalan arwah ibu bapa; semuanya tiba-tiba menukarkan hati adik, abang, kakak, menjadi serigala. Kemesraan masa kecil, hubungan darah hilang entah ke mana. Yang penting masing-masing nak dapat lebih.

Kes lain, adik beradik mesra dan baik sampai ke tua. Sampai harta benda tak berkira. Tapi malangnya anak-anaknya pula tidak begitu. Sesama sepupu pulak cakar - mencakar. Mulalah bila ibu bapa dah jadi arwah, si anak-anak bersepupu berebut tanahlah, rumahlah...masing-masing anggap menuntut hak sendiri tanpa ingin mengekalkan persaudaraan yang berlansung sekian lama.

Perkara-perkara demikian mungkin berlaku bila zaman kita ini semakin mementingkan kebendaan, tekanan ekonomi, dan terhakisnya sifat kasih sayang. Kita hanya pentingkan diri sendiri. (*-*)

p/s: semoga perkara seperti ini tidak berlaku pada keluarga kita semua....amin..

21.1.12

Leo: Caye dah syehat!

 Budak mengada ni dah sihat gamaknya...suka jer main..siap main kejar-kejar dengan Kuya..abis kerusi dilanggarnya..

Muahhhh!...jangan nakal-nakal lagi tau..nanti uwan bawak jumpa doktor,  injek kat montot...baru tau..hehehe

20.1.12

Kami Tak Mahu Duit, Kami Nak Sikit Saja Makanan Buat Alas Perut.

Semalam ketika makan tengahari bersama kawan aku terlihat si bulu putih ni duduk sopan di bahagian tepi bawah satu meja yang dikelilingi satu keluarga. Masa tu kedai makan memang penuh dengan pelanggan.
Si bulu ni aku tengok mendongak penuh harapan menunggu-nunggu kalau-kalau sudi dibalingkan sedikit makanan.

Lama juga dia duduk tercongok dengan kepala merenung muka orang yang sedang makan tu. Aku tak boleh tahan. Tak sampai hati. Aku panggil dia. Dia menoleh saja terus aku tunjuk piskis yang aku selalu bawak dalam botol coca cola. Mungkin baunya kuat dia terus datang. Memang kebulur tahap maksimum. Tiga kali aku tuang kat lantai, semua licin.

Yang ini pulak datang tiba-tiba. Dia sentuh peha kawan aku. Senyap tak berbunyi. Tapi matanya memang meminta-minta. Piskis aku dah kehabisan. Dia nak joint si bulu putih tu mungkin dia takut. Jadi aku bagilah daging ayam yang aku makan. Aku suka ambil ayam bahagian dada. Memang banyak isilah. Lapar punya pasal separuh ayam tu dia yang makan.  Ketika aku dan kawan berangkat nak balik ke pejabat, aku nampak si bulu putih dan triwarna tu berbaring...puas hati tengok mereka kenyang..bekas diorang makan tu aku kemas-kemas sikit, tak mahulah mengotorkan kedai orang pulak. Lepas tu aku dan kawan terus keluar.

:
:
:
:
:
:
:
v
Ini pulak kes muntah lagi. Dalam satu malam tiga kali dia muntah. Aku terus bawa ke Vet. Doktor kata mungkin dia muntah sebab ada hairball tersekat (aku baru teringat yang Leo baru lepas mandi - mungkin terlampau menjilat bulu dia jadi begitu). Doktor beri makan pil (untuk baikpulih perutnya)dan suruh dia puasa selama lapan jam.

Pagi tadi nampak dia dah ok sikit. Aku bagi dia wet food. Bukan main dia suka.

 Harap bila uwan balik nanti Leo tak sakit lagi...

19.1.12

kalau dah berhutang tu, bayarlah...

Seperti hari-hari biasa yang lain tiada apa yang mengujakan. Kecuali balik rumah dapat melayan keletah dua ekor anak bulu aku yang nakal dan perasan diri mereka sama spesis seperti aku..(hahaha).

Cuma bila direnungkan di hari khamis yang indah ini adalah sesetengah perkara dalam hidup kita yang kita remehkan. Misalnya seperti hutang. Hutang walau sebesar mana jumlahnya adalah tetap hutang. Jika sang pemberi hutang tidak menghalalkannya ia tetap dituntut di akhirat kelak.

Sebab aku hairan ada yang buat-buat tak tahu selepas berhutang. Macam seorang kakak yang aku kenal mengeluh rakannya meminjam dengan jumlah yang agak banyak tetapi setelah berbelas tahun tidak juga dibayarnya padahal dia sudah hidup senang lenang. Jika nak dibandingkan dengan hutangnya dulu dangan kehidupannya kini memang boleh bayar sangatlah. Umpamanya beli beg tangan boleh ribu-ribu takkan hutang banyak tu pun tak terbayarkan?

Kalau kita susah sangat nak bayar keseluruhan tunjuklah keiklasan atau usaha kita, bayarlah sikit-sikit. Sekurang-kurangnya rakan kita pun faham kita masih nak pakai duit. Ramaikan jenis orang yang bila nak berhutang bersunguh-sungguh minta simpati tapi bila sudah ditolong dia pulak hilang atau mengelak diri. Macam tak sudi nak pulangkan balik duit tu. Bayarlah..itu tetap duit orang.

Ada juga yang suka pinjam sikit-sikit..tapi lepas tu buat-buat bodoh. Kira buat macam tak pernah meminjamlah. Lepas tu tak ada duit dia pinjam lagi. Apa dia ingat member tu cop duit ke? bila tak diberi, dia merungut cakap orang tu berkira atau kedekut. Tapi kalau dah muka kita aje yang suka sangat meminjam tapi tak suka bayar, bank pun boleh bankrap dowhh!!

Apapun benda-benda macam ni aku buat peringatan pada diri sendiri. Kadangkala kita manusia pasti terlalai sesekali. Yalah kadang-kadang tak ada duit kecik member dulukan bayar minum. Tapi kita boleh terlupa juga hutang tu. Walaupun kawan kita ni tak kisah sangat tapi tak sedap hatilah nak berlakon buat-buat tak tahu. Bukan banyak pun. Bayar je lahhh.. kecualilah dia cakap, 'ala..aku belanja..'

Kalau ada orang nak belanja, siapa yang nak tolak? hehehe...



Leo: wekkkk!...hutang Yo uwan tak bayar lagikkk!

Uwan: apa pulak aku hutang ko ni?

Leo: hutang beli baju pakai duit Yo ari tu.....

Uwan: ....samprit punya anak bulu...uwan dah bayar awal-awal lagilah..

(hehehe...adik aku tak cukup duit nak beli baju yang dia suka kat TBS, so dia pinjam duit tabung budak-budak ni...dah bayar punnn...eksyen tul si Leo ni!)

p/s: kepada rakan-rakan yang pernah aku kenal jika adalah hutang piutang yang aku terlupa nak bayar bagilah tahu..bagi pihak aku pulak, aku halalkan siapa yang pernah berhutang dengan aku sebab aku sendiri dah lupa...(^__^)v

16.1.12

anak beranak tepi kedai makan yang comel.

Hari tu terjumpa makcik comel ni dengan anak-anak dia di tempat yang biasa aku makan. Anak-anak dia cukup rakus masa aku beri makan. Lapar sangat agaknya. Susu ibu dah tak cukuplah tu. Seronok tengok mereka makan...macam dapat benda best...hehehehe...
:
:
:
:
:
:
V

Yang ini silalah tengok betul-betul...makhluk apa yang menyorok bawah patung malang ni...


"kuya, apa ko buat tu sammmdolll???"

Macam nilah kucing mengada...perangai macam-macam..kalau nak tidur tu si Kuya ni suka sangat kena hempap..dengan bantallah, selimutlah, anak patung pun jadilah!

11.1.12

Drama NYPD Blue Vs. CSI kat rumah aku.

Inilah dia kes yang berlaku dekat rumah aku. Bila aku balik dari kerja orang dah ramai berkerumun dekat jalan sebelah flat. Mula ingatkan kes kemalangan tapi kemudian aku terlihat lubang kesan tembakan di cermin kereta dan sekumpulan forensik. Rupanya kejadian tu dah berlansung sejak pukul 2 petang ke atas.

Dua penjenayah terbunuh
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
sumber utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua penjenayah yang cedera selepas berbalas tembak dengan polis, ditemui mati apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini hari ini.

Kereta Proton Putra dinaiki penjenayah itu ditemui pukul 4 petang, lebih sejam selepas mereka melarikan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, berhampiran pasar raya Carrefour Wangsa Maju pada pukul 2.50 petang.

Sepasukan anggota peronda polis sebelum itu terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di Wangsa Maju sebelum menghampiri dan mengarahkan kenderaan itu berhenti.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu memecut kenderaannya ke arah pasar raya berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di cawangan Maybank Wangsa Maju, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta peronda polis yang mengejar mereka dan memaksa polis membalas tembakan tersebut namun mereka berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kenderaan penjenayah itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios dipandu seorang wanita hamil berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati.

Menurut Chin Wah, mayat seorang lelaki ditemui di tempat duduk pemandu manakala rakannya pula ditemui mati di tempat duduk belakang dengan kesan tembakan.

“Pemeriksaan ke atas sekeping kad pengenalan yang ditemui dalam kereta itu, pemiliknya yang berusia 45 tahun memiliki 12 rekod jenayah berkaitan kes samun kereta mewah dan merompak bank.

“Pemilik identiti tersebut turut dikehendaki berhubung lima kes jenayah di ibu negara dan Kelantan. Polis turut menemui sebilah pisau kecil dalam kenderaan dinaiki suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat saksi, terdapat seorang lagi lelaki di dalam kereta tersebut sempat melarikan diri selepas kemalangan bersama senjata api yang digunakan dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

“Wanita hamil itu tidak cedera dan membuat laporan polis di balai berhampiran. Kita sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan rakan suspek yang melarikan diri,” kata beliau.

Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi yang juga wartawan akhbar Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin berkata, dia ternampak sebuah kereta dikejar kenderaan polis sebelum terdengar beberapa das tembakan.

“Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk membuat pusingan U. Tiba-tiba, saya nampak kereta polis mengejar sebuah kereta Putra putih 50 meter di hadapan kereta saya dan berlaku insiden berbalas tembakan,” katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.



Kuya: perompak????...ala...tak takott ponnn

Uwan: cakap besar si kurus ni, dengar bunyi lori pon dah takut!

Leo: hik hik hik!

10.1.12

Taman Rahsia.

 

Drama Secret Garden telah ditayangkan di Korea sejak penghujung 2010. Dan..aku baru menontonnya semalam...huhuhu...

Ceritanya best. Menarik. Aku sukalah. (^__^)



Kisahnya tentang Kim Joo Woon (lakonan Hyun Bin --> ingat lagi My Lovely Samsoon? hah, nilah heronya!) dan Gil Ra Im ( lakonan Ha Ji Won) yang bertemu dalam satu situasi salah faham.

Ra Im merupakan pelakon lagak ngeri yang hebat. Ketika itu si Joo Woon telah menyangka dia adalah Park Chae Rin pelakon  dan salah seorang teman wanita abang sepupunya. Manakala Ra Im pula menyangka Joo Woon pembantu kepada artis terkenal sanjungannya Oska.

Joo Woon yang angkuh dan pentingkan kesempurnaan itu tiba-tiba mendapati dirinya telah jatuh hati terhadap Ra Im. Dia menjadi keliru kerana baginya tak mungkin orang berkedudukkan seperti dia cintakan gadis miskin, lasak dan kasar seperti Ra Im.

Sehinggalah satu kejadian misteri telah berlaku kepada mereka ketika di Pulau Jeju. Mereka akan bertukar badan setiap kali hujan! Babak ni memang kelakar..aku gelak sorang-sorang...(tercengang-cengang si Leo).

Daripada jatuh hati, Joo Woon telah jatuh cinta setengah mati pada Ra Im. Penghalang terbesarnya ialah ibunya yang sangat angkuh dan mahu memiliki anak lelaki tunggalnya itu secara total. Dia sangat berang bila Joo Woon begitu setia dengan gadis miskin yang akhirnya baru diketahui adalah anak kepada ahli bomba yang terbunuh kerana menyelamatkan Joo Woon dari kebakaran tiga belas tahun yang silam.

Kisahnya berbaur fantasi, lucu dan dalam masa yang sama boleh buat anda menangis di akhir cerita. Hujung kisahnya amat menyentuh hatiku...sob...sob..tapi happy ending lah...

Kalau minat drama Korea, kisah yang ini boleh menjadi salah satu koleksi menarik!

 
Leo: ...uh..jangan baca citer uwan..dia tipu jerr...

Uwan: ...tahulah kamu merajuk tak dapat tengok burung kat luar hari ni...heheheh..padan muka...

Leo: uwan jahat!

Uwan: ..lalalala...


Gambar artis: Mr. Google

9.1.12

mashimaro?

HAHAHAHA..ADA GAYA MASHIMARO CELUP TAK???

(Leo: ceh, Kuya peracan!)

5.1.12

KEPADA QUERIDA AEN; DENGARLAH PESANAN ANAK2 MU INI..HEHEHE


 
Dear mami Aen,

Bila mami nak balik? Dah lama Kuya tunggu ni..Kuya rinduuuu sangat kat mami..

Kuya tahu mami tengah pekce kan kat UUM nun...Kuya harap mami jawab pekce dengan baikkkk gitu...









Kat umah ni kan.., uwan Hud ngan uwan Aula suka dera Kuya...tadi Kuya kena pakce makan ubat cacing..yekkkkk..!

Pas tu kalau Kuya nak kuar, diorang cuke marah-marah Kuya..nyampah diorang tu...diorang kata kat luar tu bahaya..tipu...

Mami,
Nanti kalau mami nak balik belikan Kuya ayam best ye...Kuya cuke ayam..kat cini uwan Hud bagi makan asyik-asyik biskut jer..boring tullll...


Sekian saje dari Kuya...
mami, muaaahhhhh!
Yang benar, 
Sakura Balkis.



p/s: mami, anak tiri mami pon nak bagi ucapan nih...(nyebok betul Leo nih!)



Assalamualaikum uwan Aen a.k.a makcikku...

Yo nak ucap celamat pekce! Nanti lulus belanja Yo makan biskut cedap yek!

sekian, time acih...
p/s: cantik tak ikat kepala kitorang? ini tanda sokongan tau! macam gaya orang Jepun tu...hehehe...

Lap U,
LeoNa Leo.

 sejam lepas tu...
.
.
.
.
.
.
Uwan: ini kerja korang yek???? ngutuk uwan???? siap korang, malam ni tak yah makan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...