23.9.08

plastik oh plastik


Selamat hari raya...semoga aidilfitri tahun ini membawa kebahagian kepada semua. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini aku lihat tidak pula mematahkan semangat orang Malaysia untuk meraikan Aidilfitri secara meriah. Malah ada pula yang terlebih-lebih membeli belah...mmm...pasaraya-pasaraya besar di KL kalau musim begini sudah pasti menjadi tumpuan, cuma apa yang aku hairankan kenapa ya mereka yang membeli beg khas (mesra alam sekitar) tak pakai balik beg tersebut ketika membeli belah di pasaraya? Masih juga guna plastik seperti biasa. Mmmm..mungkin alasannya remeh nak membawa ke sana-ke mari ataupun kekok nak memakainya (?).

Beg mesra alam tu..kalau tak silap otak suam-suam kuku aku ni gunanya untuk mengurangkan penggunaan plastik dan sebagai satu langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar. Yalah aku pun dah jemu mengumpul berbakul-bakul plastik kat rumah tu..nak buang dah pasti aku tahu plastik bukan sampah yng boleh reput dan aku akan menyumbang kepada sekian banyak kemusnahan di bumi tercinta ini. (bukannya plastik tu lansung tak berguna, aku selalu kitar balik tapi last sekali terpaksa buang juga..kalau guna beg mesra alam tu lama sikit boleh guna, silap haribulan boleh guna bertahun-tahun..hehehe..)

Aku pun pakai beg mesra alam tu dan ternyata aku tak lagi membawa 'sampah plastik' balik (sekurang-kurangnya taklah menimbun beg plastik kat kabinet aku tu..) Mungkin bagi sesetengah orang apa yang aku buat tu menyusahkan diri tapi bagi aku yang penting sikap. Siapa lagi yang nak mulakan selamatkan kawasan sekitar kita kalau tak kita sendiri....masa belajar dulu selalu aku kena ejek 'green peace' gara-gara perangai aku tak mahu buang sampah merata dan sampai dah tue-tue gini pun aku terkilan bila orang menganggap tindakkan aku tu tak 'sesuai' dengan orang Malaysia. (uhhh..susah nak paham orang ni..).

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...