9.10.08

My OCD



Mmmm....sebenarnya aku tak tahu apa yang berlaku pada aku sejak dua tiga tahun yang lepas. Tapi aku rasa aku ni dah kena OCD (obsessive- compulsive disorder). Yalah, antara tanda penyakit; suka buat sesuatu berulang kali.

Setahu aku dalam dunia ini kebanyakan manusia moden ada penyakit ni. Kalau tak percaya periksa diri sendiri. Ada tak jika anda tengok pili air tu sampai dua tiga kali? Itu tanda kecilnya. Jika memeriksa sesuatu atau buat sesuatu melebihi tiga kali ..baik hentikan segera. Bila dah biasa tabiat ini akan amat menyusahkan.

Perasaan kita akan keliru, susah hati dan resah kalau tak buat apa yang biasa di buat. Fikiran kita akan menerawang pada benda-benda yang ekstrim.

Contohnya; 'kalau aku tak periksa seterika(iron) secara berkali-kali pasti sesuatu akan terjadi.'

Terus teringat rumah akan terbakar. Atau pun kalau tak ditutup gas dapur, takut ia meletup.Memang kita wajib memeriksa barang-barang elektrik sebelum keluar rumah tetapi orang normal akan ambil masa tak sampai 5 minit pun.

Bagi golongan OCD, percaya atau tidak pemeriksaan itu akan jadi sampai setengah jam! Ia tidak berkaitan dengan keyakinan diri tapi berkaitan dengan rasa was-was yang melampau ditambah kemampuan otak yang tiba-tiba lambat mengiakan proses maklumat yang disampaikan oleh mata.

Orang normal memang akan menganggap perkara ini mengarut tapi pada mereka yang terkena akan rasa tension sangat! Nak dihentikan sangattttlah sukar. Sebab itu proses penyembuhan mengambil masa jika berjumpa doktor (untuk yang dah kronik).

Harap-harap benda ini tidak menyebabkan hidup aku kelam kabut. Tapi akulah yang kena mengawalnya sebelum ia mengawal hidup aku pulak!

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...