11.11.08

Keseronokan untuk bulan ini!

Saat ini masa senggangku dipenuhi dengan sesi membaca buku cerita bercorak falsafah - Dunia Sophie / Sophie World. Wah, buku ni betul-betul menguji kemampuan mataku untuk bertahan. Penulis cukup bijak menggunakan penceritaan dan sedikit misteri untuk bercerita mengenai dunia falsafah. Apatah lagi ia merungkaikan pemikiran ahli falsafah tersohor seperti Plato, Socrates dll dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Mmmmm..bacaan yang menarik.

Mungkin dalam bulan depan aku akan ke Sungei Wang cari komik pula. Sejak dua tiga bulan ni aku asyik menjenguk MPH cari buku kegemaran tapi kali ni aku nak tambah koleksi komik pulak. Komik Bleach. Tak puas tonton kat internet aku nak baca komiknya pulak. Baru-baru ini masa harijadi aku, seronok betul dapat buku yng aku baru terfikir nak membelinya - 'Malay Dilema'. Baru mula nak membacanya dan bila aku teringat masih ada stok buku Tom Clancy di rumah yang belum di baca, aku rasa betul-betul teruja! So sepanjang bulan ni aku tak payah bimbang tentang stok buku!

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...