20.8.09

'hantu'


Banyak kerja..banyak kerja...pening pala..pening pala..tapi itulah namanya dugaan kan? Kalau tak ada cabaran tak adalah adventure..kalau takut susah longlailah hidup..cuma aku ni penakut dengan tempat gelap aje..hehehe..tapi aku teringat satu ketika dulu, waktu itu umurku dalam lapan tahun dan masih tinggal bersama nenek sementara keluargaku yang lain bermukim di kampung bapa.

Namun bila kami bersatu kembali macam-macam cerita menarik yang berlaku ketika keluargaku di sana diceritakan oleh emak. Ada satu ketika bapaku selalu lewat balik dari surau..sampai pukul dua tiga pagi baru balik. Apa lagi berkumpul dengan kawan-kawan dialah dan menyebabkan emak cukup malas nak buka pintu. Maklumlah masa tu dia sudah lena diulit mimpi(sape tak geram oiii..hehehe). Apatah lagi rumah yang mereka sewa jauh di atas bukit dan jauh dari jiran tetangga. Waktu malam woooo seram..

Satu malam mak nak kenakan bapaku yang sering balik lewat. Dia tunggu bapaku bawah pokok kelapa dalam gelap pukul tiga pagi dengan hanya berpandu cahaya bulan yang suram.(mak aku memang terkenal berani dalam keluarga kami)Tak lama kemudian bapaku balik berjalan kaki tanpa lampu suluh. Bapa aku cakap masa tu dia dah berderau darah bila terpandang ada lembaga macam perempuan dalam gelap. Rambut mak pulak memang panjang masa tu..

Tapi bapa aku teragak-agak nak lari sebab dia hairan bentuk lembaga dalam gelap tu macam iras mak.Hehehe..Katanya dia terkumat kamit baca apa saja ayat yang terlintas dan berusaha mendekat sebab mak aku tu berdiri dekat sangat dengan laluan lorong ke rumah.

Mak pulak tak tahan nak gelak bila tangan bapaku terjulur perlahan nak sentuh (nak tahu sama ada orang ke bukan..kalau aku dah lari dah..takdenye nak cek-cek..)Bapa aku terperanjat bila mak ketawa besar..yalah dia dah ingat 'benda tu' mengilai..hehehe..

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...