12.6.10

satu hari yang malang...

Agak lama tidak menulis di sini..tapi semalam ada satu insiden menjijikkan telah berlaku kepada sepupuku..(malang sungguh). Kejadian ini berlaku bila kami masuk ke toilet sebuah pasaraya terkenal tidak jauh dari tempat tinggal aku.

Sepupuku tanpa berlengah lagi masuk ke dalam salah satu tandas yang baru sahaja digunakan oleh seorang wanita tua. Keluar sahaja dari tandas tersebut dia terus mengambil balik begnya yang dijaga olehku diluar dan ketika menuju ke sinki sepupuku tiba-tiba menghidu-hidu baju dan begnya. "kenapa long?" tanya aku penuh suspen.
"eh,baju along rasanya kena najislah.."
"mm?"
Aku kehairanan. "macamana boleh kena pulak?"
"Tak tahulah, mungkin najis tu ada kat pemegang plush atau di kepala paip...eeeiii busuknya.."

Ha? Aku masih tak faham. Sepupu aku terus menggunakan tisu mengelap najis yang terkena di seluarnya. Habis seluruh pakaiannya berbau. Kasihan betul aku bila tengok dia terkial-kial cuba membersihkan seluarnya.

"ni mesti kena masa along pegang sesuatu kat dalam dan lepas tu along pegang pulak seluar...kena kat tanganlah ni.."
iks..iks..kami pun terus syak perempuan tua yang keluar sebelum tu..dan tak kiralah sesiapa pun yang buat..memang sangat pengotor!

Tak pasal-pasal sepupuku itu terpaksa beli baju baru hari tu juga dan baju lama di buang terus ke dalam tong sampah. Lepas tu sempat lagi kami mencekik lime jus dan mixsuki di restoran Johnny...hehehe lepas tu aku makan pulak aiskrim Sunday coklat...lepas tu melantak pulak roti..lepas tu..zzzzzz (tak senonoh betulll la..)..:p

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...