17.6.10

TERPENJARA TANPA BICARA

Sejak berita kejadian yang menimpa kapal-kapal bantuan ke Gaza, (Mavi Marmara dan Racheal Corrie) aku terasa begitu besarnya ketamakkan kuasa dalam diri manusia. Umpama belon besar yang semakin mengembang dan tak mahu meletup walaupun dicucuk dengan jarum. Kita di luar sini hanya mampu mendengar atau melihat berita penderitaan akibat perpecahan, ketidakstabilan politik, ego, kuasa dan kebencian yang terpaksa ditanggung penduduk Gaza. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.


(peta dari internet)

Cerita Palestin adalah cerita sedih yang tak pernah kunjung padam. Tetapi kita di sini masih sibuk dengan ego, kuasa dan kebencian politik sesama sendiri tanpa belajar sejarah Hamas dan Fatah yang tak pernah sebulu. Jika dunia Arab tidak bersatu atau orang Islam sendiri bercakaran apa lagi yang boleh diharapkan?
Kita menunding jari ke arah musuh dan berteriak marah dengan kekejaman mereka tetapi kita tidak pernah bersatu! Sejak sekolah aku sering mendengar cikgu berkata;
" bersatu kita kuat bercerai kita roboh." Ketika itu semua serentak mengucapkan ayat tersebut dengan polos. Namun apabila dewasa, magis ayat itu hilang perlahan-lahan dari kotak fikiran. Padahal kita sudah maklum musuh yang dihadapi merupakan jenis manusia licik sejak zaman sejarah manusia berlansung.

Aku doakan aktivis yang tak patah semangat menjalankan amanah misi bantuan ke Palestin yang datang dari seluruh dunia tak kira apa bangsa dan agama semoga selamat dan aku kagum dengan keberanian mereka berhadapan dengan maut kerana mempertahankan kebenaran dan kepercayaan yang mereka pegang.

Percayalah orang sepertiku yang imannya senipis bawang cuma dapat berdoa dan aku mengaku jika aku yang berada di atas kapal-kapal terbabit aku tidak pasti apakah aku boleh setenang para aktivis tersebut. Perkara yang paling menakutkan bagi kebanyakkan manusia adalah mati. Tetapi jika seseorang itu telah bersedia, MATI itu tidak sebesar mana lagi. Aku ingin menjadi orang yang bersedia untuk menghadapi MATI. Aku ingin bersedia untuk menghadapi sebarang kehilangan kerana aku sedar semua di sekeliling yang aku pegang, rasa dan lihat hanyalah sementara.

Peristiwa Gaza benar-benar menyentuh hati aku. Hebat sungguh dugaan yang mereka lalui. Padahal aku di sini merungut pada benda-benda remeh, menganggap hidup ini membosankan, merungut pada masakan yang tak sedap sedangkan saudaraku di hujung dunia sana entah makan entahkan tidak. Gaza umpama penjara dunia yang rakyatnya terpenjara tanpa perbicaraan. Tanpa pembelaan. Itulah natijah segelintir pemimpin yang tak sanggup bersatu, tak sanggup berkongsi kuasa tetapi sanggup melihat bumi dan maruah rakyat tergadai. Bila kita sesama bangsa berpecah ketika itulah musuh bersorak.

Gaza, semoga kau tetap kuat kerana dalam mimpi-mimpiku aku cuma melihat langit yang gelap dan bumimu yang merah.

 Tanganku tak tercapai namun hujan menderu basah dalam hatiku. Tiada dapat aku suarakan kerana kabus terlalu tebal. 

Cuma aku dapat mendengar tangisan dan keluhanmu dari angin yang lalu. Hanya itu yang aku mampu. Hanya itu.

P/s: Ya Allah, semoga negaraku aman dan sentosa. Semoga kedamaian dan rezeki keamanan itu dapat membantu dan dikongsi bersama mereka yang dalam kesusahan. Aminnn.

1 ulasan:

afzainizam berkata...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...