27.9.10

kucingku sayang

Uwarggghh..mengantuknya..ini semua gara-gara kucing aku yang ajak main pukul dua tiga pagi. Kalau tak bangun dua ekor tu siaplah melompat-lompat atas badan aku. Kalau aku tutup pintu bilik diorang gegarkan tombol pintu aku yang dah memang longgar tu macam godzilla nak rempuh masuk. Si Sakura tu teror gila bab panjat almari kasut yang dekat pintu bilik aku semata-mata nak tolak tombol pintu.( macam boleh buat..ngeh3).

Tapi nak tak nak terpaksa aku buka pintu sebab bunyi tombol pintu aku tu bagai nak tercabut. Pulak tu dekat sejam dia sanggup main kat situ. Grrrr...Dah masuk, ajak main pulak. Letihhhhlah..selalunya dua ekor tu ajak main lambung rantai leher lama si Leo. Kalau dah boring diorang main sorok-sorok dalam selimut adik aku pulak.Hahaha macam aku ni jaga budak pulak..

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...