27.10.10

KARATE KID


(image dari wikipedia)

Tahun ini Karate Kid lakonan Jaden Smith dan Jacky Chan menjadi pilihan aku untuk menyemarakkan semangat untuk 'bersenam' (?)..hehehe..
Filem ini sebenarnya 'di buat kembali' daripada Karate Kid yang asal pada tahun 1984 dan jalan ceritanya memang hampir sama cuma telah disesuaikan dengan selera penonton masakini. Tapi tak sia-sia aku menontonnya sebab walaupun pelakon utamanya kanak-kanak tapi seni mempertahankan diri yang ditunjukkan..woooo..boleh tahan..

Dre Parker (Jaden Smith) dan ibunya Sherry telah berpindah dari Detroit ke China. Ibu Dre telah ditukarkan ke China dan mereka tinggal di sebuah apartment. Dre bertemu Mr Han (Jackey Chan) apabila dia meminta lelaki itu membaiki pemanas di bilik air rumah mereka. Dre seorang budak yang amat berminat dengan seni mempertahankan diri dan mengikuti pergerakan-pergerakan martial art di kaca TV. Ketika berada di taman permainan berdekatan rumahnya Dre tertarik dengan Mei Ying gadis cilik yang rajin berlatih biolanya. Namun kemesraan mereka dicemburui Cheng yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Mei Ying. Dre teruk dibelasah dan dimalukan apabila cuba melawan Cheng yang mahir berkungfu. Akibatnya Dre sentiasa mengelak dari berjumpa kumpulan Cheng ketika di sekolah tetapi ini tidak menyekatnya dari semakin rapat dengan Mei Ying yang comel.

Suatu hari Dre telah menyimbah air ke arah kumpulan Cheng dan terjadilah adengan kejar-mengejar antara mereka. Dre di belasah teruk tetapi akhirnya diselamatkan oleh Mr Han. Mr Han mahir berkungfu dan Dre meminta untuk menjadi anak muridnya tetapi di tolak oleh Mr Han. Lelaki itu cuma bersetuju bertemu guru Cheng untuk menjernihkan keadaan supaya Dre tidak diganggu lagi. Namun Master Li seorang guru yang keras dan menganggap musuh tidak patut dikasihani mengugut mereka supaya berlawan di gelangangnya. Nasib baik Mr Han ternampak poster pertandingan kungfu oleh itu secepat kilat mengatakan mereka akan berjumpa di perlawanan tersebut. Mr Han meminta Dre tidak diganggu sampai hari pertandingan.

Mahu tak mahu Mr Han terpaksa menjadi sifu kepada Dre dan apa yang diajar setiap hari ialah 'tanggalkan jaket, jatuhkan dan gantung jaket' berulang-ulang sehingga Dre menjadi marah kerana menganggap Mr Han menghukumnya (sebab dia selalu menyepahkan jaketnya di lantai sehingga menimbulkan kemarahan ibunya). Mr Han lalu menunjukkan demo bagaimana proses pengulangan itu membuatkan ototnya kuat dan dia dalam tak sedar sedang belajar kunfu kerana kungfu wujud dalam setiap pergerakan aktiviti hidup manusia.

Menjadi semakin bersemangat dan teruja, Dre berlatih bersungguh-sungguh sehingga Mr Han membawanya ke gunung Wudang. Di situ Dre telah melihat seorang wanita sedang berlatih dengan seekor ular. Dre hairan melihat wanita itu meniru gerak ular tersebut tetapi Mr Han memberitahunya ular itulah yang sebenarnya meniru gerakan wanita tersebut seperti sebuah cermin.

Dalam filem ini Mr Han mempunyai konflik dan masalah tersendiri yang menyebabkan dia setiap tahun mengulangi perbuatan yang sama; membaiki dan menjahanamkan kembali keretanya yang tersadai di ruang tamu. Barulah Dre tahu mengapa Mr Han begitu menyendiri dan pendiam selama ini. Rupanya perasaan bersalah ke atas tragedi kamalangan isteri dan anaknya membayangi hidup lelaki itu selama bertahun-tahun. Dre bergitu bersimpati melihat kesedihan Mr Han dan menariknya agar bangkit kembali supaya bebas dari belenggu rasa bersalah. Sifu dan anak murid ini menjadi semakin rapat apatah lagi perubahan Dre yang lebih tekun dan berdisiplin menggembirakan hati ibunya.

Kemudian ada babak Mei Ying tidak lagi dibenarkan berkawan dengan Dre oleh ayahnya dengan alasan Dre membawa pengaruh yang buruk. Untuk menjernihkan hal itu Dre bersemuka dengan ayah Mei Ying dan bercakap dalam bahasa Mandarin berpandukan kertas. Sikapnya itu telah melembutkan hati ayah gadis tersebut dan mereka berjanji akan menonton perlawanannya.

Hari yang ditunggu pun tiba dan semasa pertama kali masuk ke gelangang Dre terpinga-pinga kerana dia tidak tahu peraturan perlawanan dan merasa begitu gementar. Tunjuk ajar Mr Han akhirnya membuatnya berjaya melepasi peserta-peserta yang lain dan membuat kejutan ke separuh akhir. Master Li merasa tercabar lalu menyuruh salah seorang anak muridnya Liang menggunakan taktik kotor. Ketika pertemuan dengan Liang kaki Dre dipukul berkali-kali dan Liang telah dikeluarkan dari perlawanan.

Dre di bawa ke bilik loker untuk dirawat. Doktor meminta dia tidak meneruskan perlawanan begitu juga dengan sifunya Mr Han. Namun Dre sudah bosan merasa 'takut' dalam hidupnya dan mahu berdepan dengan lawan terakhirnya Cheng. Akhirnya Mr Han melepaskannya ke gelanggang dan Dre diberi sorakan gemuruh penonton. Kali ini Dre benar-benar tidak memberi peluang kepada Cheng menyebabkan Master Li menyuruh Cheng menyerang bahagian kecederaan Dre. Dre jatuh dan mengerang kesakitan namun dia bangkit dengan penuh semangat. Senjata terakhir; Dre menggunakan teknik seperti wanita di gunung Wudang dan memanipulasi pergerakan Cheng.

Cheng kalah di tangan Dre. Semua yang menonton perlawanan itu seperti ibunya, keluarga Mei Ying dan Mr Han sangat gembira dengan kemenangan Dre. Cheng dan kawan-kawannya kagum dengan sifat dan kungfu yang ditunjukkan oleh Dre lantas memberi hormat kepada Mr Han. Master Li memandang dengan muka yang pucat. Kejutan kekalahan itu seolah-olah memberi tamparan hebat kepadanya. Begitulah ceritanya...hero tetap menang walaupun separuh mati kena hentam..hehehehe
(cerita aku ni berjela-jela confirm dah ada yang tertidur..ngeh3)

Sebenarnya cerita ini tidaklah stres memanjang, ada juga diselit kelucuan cuma lawak itu datang dari Jaden bukan daripada Jacky. Lakonan Jaden memang selamba dan dia memang berbakat macam ayahnya. Pendek kata, lepas menonton filem ni aku rasa nak sambung balik kelas teakwondo aku yang dah lama tergantung tu...(kononnyerrr)..:)

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...