22.11.10

Demam kena pukul!

                                                                 Ohhh kucing tomeku....

Baru-baru ni Leo demam kena tendang dengan kucing asing yang lalu depan rumah. Masa tu aku dan adik-adikku sedang berborak tup tup terkejut beruk bila Leo lari macam kilat dengan penuh ketakutan (macam nampak gorgon Sang Wada..hehehe). Kemudian baru kami sedar Sakura si 'kakak'nya dah seronok melompat kat bawah. Rupanya pintu tak kunci. Patutlah dapat keluar.

Si Sakura lintang pukang nak balik lepas sedar kami cari dia..tahu dia takutt..hehehe..senyap-senyap keluar macam tu..Leo pulak yang dah takut sangat sebab kena sedass dengan kucing (ntah apa rupanya) tadi mula memusuhi Sakura. rasanya sebab Sakura dah lekat bau kucing asing tu masa masuk rumah. Masa tu kesiannn sangat nengok Leo. Dia dah lah memang penakut lagilah trauma kena pukul macam tu. (last-last terpaksa aku lap badan Sakura dengan air sabun untuk hilangkan bau tu).

Malam tu dia merenyuk atas riba aku dengan badan yang panas. Nafas pun panas. Termengah-mengah. Aku jadi panik jab. Aku suruh adik aku basahkan tuala dan selubung badan Leo. Dekat dua jam dia merengkot di riba aku. Lepas tu aku lega bila suhu badannya menurun. Ingatkan dah ok rupanya ada bengkak di sebelah kiri perutnya. Rasanya penangan kena pukul tu. Dasyat kucing asing tuh.

Dia diam, lepas tu baring pun mengiring, mukanya sayu jer...huhuhu..nak nangis aku.. aku cuba letak minyak gamat. Esoknya dia nampak pulih sikit. Harap-harap lepas ni bengkaknya hilang. Dalam hidup aku sepanjang bergelumang dengan dunia 'perkucingan' (hahaha bahasa baru ni) si Leo dan Sakuralah kucing yang paling aku sayang macam anak merangkap adik dan segalanya.

Leo kalau dah takut pernah tersilap rumah (gara-gara dengar bunyi enjin motor terlalu kuat). Dia naik satu lagi tangga tapi pergi sebelah yang sama dengan kedudukan rumah kami (masa tu dia keluar, konon nak nengok adik aku main dengan Sakura). Adik aku cakap masa mencari tu pandai pulak dia menyahut bila dipanggil. Masa tu dia takut, panik bukan main. Mungkin dia hairan kenapa bau rumah tu lain..hehehehe..

p/s: Leo..cepatlah baik..kalau tak tuan kena bawa Leo pergi klinik..nak kena cucuk jarum?..atutttt...>_<

3 ulasan:

Betta sp berkata...

kucing pun bole demam ker?

aima in luv berkata...

olololo
tomey2... muaack33x

hud aikara berkata...

aha..bila suhu melebihi 36 C ke atas kucing juga mengidap demam. Selsema pon boleh jangkit. Biasanya doktor akan bg ubatlah mcm biasa. hehehehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...