29.11.10

makhluk-makhluk kesayanganku

Go to fullsize image Dulu masa di kampung (masa tu masih belajar lagi) banyak binatang kami bela. Ayam kampung, itik, kucing, burung bayan, beruk dan arnab. Masa tu meriah sebab jiran sekeliling pun bela haiwan kesayangan masing-masing. Misalnya jiran depan rumah bela banyak arnab (mungkin jenis Dutch) dan setiap petang dia akan melepaskan arnab-arnabnya bermain di halaman dengan bebas.

Jiran yang duduk di tepi jalan pula bela kuda. Bukan kuda padi tapi kuda betul tau. Siap ada bapak kuda, mak kuda dan anak kuda. Hehehe..petang-petang nampaklah tuannya tunggang kudanya tanpa pelana. Kuda yang jantan tu biasa di biarkan bebas makan rumput depan rumah kami tapi masih bertambat dengan talilah. Nenek aku selalu risau takut kuda tu makan pokok pisangnya. (hahahaha)Aku cakap dengan nenek; "nenek mana ada kuda makan pokok pisang!" nenek aku jawab; " mana tahu yang ini nak makan jugak". Aku suka usap muka kuda tu sebab ia jinak. Tapi tak berani nak pegang belakangnya takut gak kena tendang.
Go to fullsize image
Jiran yang sebelah kanan bela burung Tiong dan bestnya burung dia ni gatal sikit. Nampak aje perempuan muda dia akan jerit, "Wit.. Witttt!" kalau orang tua yang lalu jangan harap dia nak berbunyi! Gatal! Di samping binatang-binatang yang aku ceritakan tadi mereka bela juga ayam serama. Ayam ni comel jer..lepas tu jalan pun terkedek-kedek..

Kami pula sibuk dengan kucing-kucing (Si Cici dan Si Merah) yang nakal, Si Leo (burung Bayan) yang panas baran, Ujang (beruk) yang tak suka lelaki dan si Tommy arnab yang perasan dirinya kucing! hehehe...Tommy jenis arnab yang berbadan putih panjang, besar dan bermata merah. Kami layan dia macam kucing. Tommy bebas bergerak dan bebas meneroka kebun sayur nenek aku di belakang rumah. Petang-petang dia akan ke rumah jiran depan untuk bermain dengan arnab-arnab mereka. Senja aje si Tommy melompat-lompat balik rumah.
Go to fullsize image
Si Ujang pula beruk pemanjat kelapa yang masih remaja dan memang tak suka langsung dengan lelaki! Dia selalu bergaduh dengan adik bongsu aku masa tu. Mereka saling ejek-mengejek tapi Ujang ni tak gigit orang. Kalau dilepas dia elok aje duduk dan kita boleh usap kepalanya. Paling best bila kita panggil namanya dia menyahut dengan manja. hahaha. Dia pandai kawan dengan Tommy dan kucing-kucing aku yang lain.

Leo pula burung bayan kami masa tu...garang..kalau pegang nak gigit aje..(dia tak mematuk tapi menggigit) selalu bergaduh dengan kucing dan adik aku. Kadang-kadang aku hilang sabar juga bila adik bongsu aku masa tu suka sangat usik dia. Si Leo ni kalau kita sergah, dia akan sergah kita balik! Bising bunyinya.
Go to fullsize image
Si Cici dan Si Merah ialah kucing-kucing nakal yang kami bela sejak kecil lagi. Si Cici tukang kejut adik aku Aen bangun tidur (Dia ni memang liat nak bangun pagi masa tu). Subuh-subuh lagi dia dah mengiow gigit-gigit manja jari Aen supaya bangun. Selagi Aen tak bangun selagi tulah dia setia mengejut. hehehe..
Go to fullsize image
Ahhh dah panjang berjela-jela cerita mengarut nih. Pendek cerita kena stop dulu..makan nasik.. la..la..la..:)
*semua pic di atas di ambil dari internet*

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...