21.12.10

'kejahatan masa kecik'.. XD

  View Image



Ada satu ketika, kita akan merasa rindu dengan zaman  SEKOLAH RENDAH yang ceria dan rindu pada teman-teman kecil yang entah ke mana menjalani hidup masing- masing. Kawan-kawan aku masa belajar sekolah rendah    dulu banyak yang gila macam aku. Huhuhu..

Kawan masa kecik-kecik yang masih berhubung ialah jiran aku kat kampung. Dah berkeluarga budak tu. Baik orangnya. Masa kami kecik dulu dia suka sangat mewarnakan lukisan-lukisan yang aku lukis. Fasih pulak bercakap mandarin. Kalau pasal main dia selalu jadi ketua lah. Macam-macam jenis permainan yang kami main. Masa tu seronok betul.

Seorang lagi yang tak boleh lupa ialah kawanku yang kecik molek. Anak cikgu Melayu yang mengajar di sekolah Cina di bandar kami. Dia ni pulak sangatlah penyabar. Aku suka usik dia. Selalu sangat aku tarik hujung tudung sekolahnya dari belakang. Tapi dia cool aje..hehehehe... kami tetap bersahabat baik sampai sekolah menengah. Kemudian terpisah sebab aku pindah sekolah secara mengejut. Lansung dia tak tahu dan aku pun tak sempat jumpa dia.

Ada pulak yang seorang tu perangainya gila-gila dan haru biru..selalu mengekor aku sampai aku nak balik dari sekolah pun kena menyorok daripada kelibat dia. Dia pulak siap-siap dah menunggu aku kat pintu pagar. Aku cabut ikut belakang sekolah. Bukan apa, masa tu aku rimas kalau member asyik nak berkepit, lepas tu selalu buat lawak bodoh. Peliknya dia masih gak nak kawan dengan aku. Jadi aku kawan aje le.. Bila dah tahu berfikir (dah besarlah) baru aku sedar kawan aku tu seorang yang setia. 

Kalau bab penyakit pulak, bolehlah bagi kat member aku yang seorang ni..dia ni bangga sangat kalau ada penyakit kat badan dia. Lagi teruk penyakit tu lagi bangga. hahahaha..kadang-kadang sampai terkulat-kulat kami mendengar dia bercerita tentang 'penyakitnya' tuh. Sampai sekarang aku masih tersenyum bila teringatkan dia.


Sementara kat dalam kelas, aku baik dengan budak lelaki berdahi jendul yang suka berborak dengan budak perempuan. Dia ni tak segan silu berebut barang dengan aku. Sampai pernah share satu kerusi dengan aku!

Aku juga pernah mempunyai member yang tapak tangan asyik berpeluh. Kalau sentuh buku mesti basah buku tu dan dia terpaksa alas dengan saputangan. 

Selain si tapak tangan basah, ada pulak member  yang suka sangat baca koleksi Gila-Gila. Baik hati pulak nak share baca dengan aku. Dalam kelas aku, cuma dia seorang yang berseluar pendek dan dia suka baca cerita mengarut yang aku reka..hehehe..

Ketika bersekolah rendah dulu aku suka tulis dan reka cerita...herannya ramai pulak yang melopong dengar walaupun cerita tu punyalah karutnya! hahahaha...(maksud reka citer ni bukan berbohong tapi aku bercerita betul-betul. Macam cerita kanak-kanak kat buku tapi aku tambah version aku sebab tu diorang suka dengar..contohnya kat buku beruang hanya pandai cari madu tapi aku tambah; beruang tuh pandai masak madu terus!)



Alam sekolah rendah memang kenangan manis. Aku suka cikgu-cikgu sekolah aku. Cikgu Anuar yang hensem..Cikgu Fadlun yang cute dan pandai menari..Cikgu Zul yang garang..Cikgu Hamzah yang baik..hehehe (agak-agak diorang masih ingat tak kat aku?)

Sebab masa tu aku ni glamour dengan kenakalan dalam senyap. Satu bilik guru tahu siapa budak kecik montel yang kuat baca buku time cikgu mengajar. Siap kena macam-macam denda pulak tu. Denda yang tak boleh lupa; berdiri dengan kaki satu, tangan kena depa...hehehehe. 

Tapi dalam masa yang sama aku tahu mereka suka aku membaca. Cuma diorang marahlah sebab aku tak beri perhatian masa kelas. Okay. Jangan ikut macam aku ya adik-adik. Sampai tengah makan pun boleh baca buku. Naik pening nenek aku nengok (last-last nenek aku pergi sekolah mengadu pulak kat cikgu pasal feel aku yang pelik tuh!)

Cuma aku tak dapat lupa kes member aku yang gatal tangan membaling kayu ke arah sarang lebah yang bertenggek kat pokok depan sekolah. Masa tu sesi pagi dah habis. Ramailah mak bapak datang ambil anak. Aku dengan kawan-kawan lain adalah berkumpul dekat-dekat pokok tu. Tak perasan pulak member aku tu ada niat nak melancarkan perang dunia dengan geng lebah. Lepas kena aje kayu balingan member aku tu, berterbanganlah askar-askar kecil menyerang semua orang dengan garang. Lintang pukang kami lari. Termasuklah mak bapak yang sedang menunggu dekat situ. 

Esoknya member aku tu kena panggillah dengan cikgu. Tak tahulah pulak siapa yang mengadu. Tapi yang aku tahu itulah kali pertama aku kena sengat dengan lebah. Sakit gaklah sebab aku kena dalam tiga empat ekor.
Masa kecik-kecik tu aku tinggal dengan nenek. Aku selalu buat orang tua tu pening kepala ..Selalu balik lambat sebab melencong dengan kawan. Sampai rumah aje dah comot-comot. Kalau tak baju sekolah kena kuah kari, mesti kotor sebab bermain. 

Aku ni pernah kena kejar dengan anjing sebab nak panjat pokok mangga dekat pondok rukun tetangga. Padan muka aku. Anjing tu memang bertuan dan selalu lepak dekat pokok tu. Awal-awal dia dah tahu niat jahat aku. Hahaha..(maklumlah masa tu buah pokok tu banyak).


Sebelum duduk dengan nenek, aku tinggal sekejap dengan mak ayah aku. Di kampung bapak aku masa tu aku kira jahat gaklah. Selalu gak kena pukul dengan bapak aku tapi dia pukul dengan surat khabar jer. Aku aje yang buat-buat meraung sebab geram. 

Mana tak kena pukul, aku dengan geng aku (yang semuanya lelaki, budak perempuan tak suka joint pasukan kami sebab tak senonoh perangai hehehe) suka merayap kat tempat-tempat yang tak patut pergi.

Masuk hutanlah, redah paya, pergi rumah kosong yang dah bertahun kena tinggal, ceroboh kawasan sekolah, buli anak orang (kami paksa dia belanja aiskrim sebatang seorang sampai dia pecahkan tabung mak dia..) pulak tu dah berapa kali dia balik rumah menangis pasal kami. Nasib baik mak dia baik. Mak dia sekadar bagitahu mak kami ajelah. Lepas tu korang tahulah apa jadi ngan kami. Tapi mana serik. Esok buat lagi.

Aku dan geng aku masa tu kerja kami lepas sekolah mesti merambu. Main perang-perang dalam semak, panjat pokok malah panjat tingkap rumah orang pun ada! Kawan aku yang sorang tu, punyalah dia bergayut kat tingkap yang enselnya dah berkarat dan.... bukk! macam nangkalah..jatuh ke bawah. 

Sakit oiii sebab rumah tu rumah papan bertiang. Kebetulan dia selsema..wahhh bersembur hingusnya terbang..hahaha..Dia ni jugak yang pernah jatuh sampai robek mulut tapi masih cool tak menangis. Memang gilalah..


Adalah satu kejadian ada kawan aku hilang sampai magrib. Riuh satu kampung mencari. Mulanya mak dia dah pegang kayu dah..dia ingat anak dia nakal balik lambat. Lepas dah dekat nak malam orang tua tu mula risau sampai nak pergi balai polis. Cari punya cari kawan aku tu rupanya menyorok kat bawah rumah jiran aje. Katanya kena sorok hantu. Banyaklah kau punya hantu..dah tentu dia takut dengan mak dia yang menyinga pegang kayu depan rumah..Hahaha


Puak aku ni selalu gaduh dengan puak budak perempuan yang diketuai oleh anak seorang 'pekedai berjaya' di kawasan itu. Kalau gaduh ni macam-macam kami buat. Tapi kalau baik boleh pulak joint diorang main masak-masak. Main masak betul-betul pulak tu. Siap pinjam sudu, kuali, gula, garam dari kedai bapak dia. Hehehe..

Dalam 'penglibatan' aku dengan geng 'mafia' tu, pernah gak aku cedera. Hampir buta. Seorang yang bukan kelompok kami boleh baling daun kelapa yang terbakar kat muka aku! Melecurlah. Nasib tak kena mata. Kena sekitar hidung aje. Mak aku letak ubat kat situ, pergi jer sekolah aku kena gelak dengan member-member aku. Cis!

Pendek kata aku rindu sangat 'kejahatan' masa laluku..(ceh!) Tapi peliknya bila dah dewasa aku ni jadi baikkkk pulak. Penakut pun ada. Tapi macamana pun rakan-rakan kecilku dulu memang best. Kira zaman kanak-kanak aku indahlah dalam fikiran aku ni..Aku doakan sahabat-sahabatku semua berbahagia walau di mana anda berada..
(kalau masih kenal aku addlah aku kat FB. hehehe aku dah tukar wajah..muka kucing..hehehe)

Inilah akibat menyertai 'mafia'..jadi tomboy kejap..hehehehe..masa ni kalau mak bapak aku beli barangan ala-ala feminin mesti aku reject bulat-bulat..hehehe..Sekarang dah insappp..sebab dah tue...XD











(gambar tahun 2004)

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...