14.12.10

HOBI Aku MangA

KOMIK? aku tahu bukan semua orang suka komik. Tapi aku ni sejak zaman sekolah sampai sekarang memang kaki komik. Paling suka manga.

Komik macam Spider-man, Iron Man, X-men dan segala macam dari Marvel ada gak baca tapi meminjamlah sebab yang aslinya mahal beb! Ada yang harga satu RM 100 lebih. Tapi siapa yang ada duit tu bestlah sebab berbaloi beli. Lukisannya memang cantikkk..seni! Sebab tu kalau pergi Kinokuniya aku tadah jelah air liur yang meleleh sambil menyentuh koleksi-koleksi mahal yang siap di balut. Jadi yang mampu aku beli ialah manga Jepun yang diterbitkan di Malaysia. Antara koleksi aku macam Bleach, 3x3 eyes, Penyiasat Remaja, Eiji, Conan, Slam Dunk, Feel 100%My Goddess dan berlambak lagi komik yang belum lengkap koleksinya.

(gambar koleksi sendiri)


Kalau komik macam Naruto aku baca online saja sebab tak larat nak beli dah. hehehe...Dalam internet boleh dikatakan semua komik yang aku suka boleh di baca free..:) siap ada yang anime macam Inuyasha.

Masa belajar dulu kat kampus ada kios yang sewa komik, dekat pulak dengan kolej aku(asrama pelajar). Masa tu satu komik sewa 50 sen aje...aku borong banyak-banyak sebab tak sabar nak habiskan episodnya. Antara yang aku pinjam Dragon Ball (best giler ni), Dr. Slump, Himpunan komik Akira Toriyama, Jengking Merah (hong Kong), Misteri Naga, GS Mikami, Sailormoon (hahaha dalam komik ceritanya romantik..kat TV dah ubah sikit supaya sesuai dengan kanak-kanak).

Masa ni majalah Favorite aku ialah GEMPAK. Lepas habis belajar nak jimat duit pulak aku beli aje Kreko atau Arena sebab majalah-majalah ni menghimpun komik-komik popular Jepun. Macam-macam tema ada. Pilih aje nak baca yang mana dulu.

Masa tu komik paling aku suka Saiyuki, Boy over flowers, Hareluya Boy, Ushio and Tora, Full metal Alchemist, Rama 1/2, Hana Kimi, Akira, MAR, Reborn, Samurai Deeper Kyo, GTO, Death Note, Yuyu Hakusho (yang ni pinjam kawan aku punya), Juara bola keranjang, dan banyak lagilah yang tak tersebut.

   Samurai Deeper Kyo


Komik dari Hong Kong macam Juara-juara Kembar, Dewata raya atau Street Fighter aku pinjam dengan kawan. Dulu ada gak beli tapi ada cerita yang berjela-jela so aku tak larat nak beli. Maklumlah ketika itu masih pelajar. Ketika dalam tingkatan enam dulu kawan-kawan aku yang lelaki rajin bawa komik Hong Kong ni dan kami siap bergilir-gilir membaca. Siap aku lukis watak-watak yang aku suka dalam buku lagi! (kemaruk betul..) Oleh itu di waktu rehat aku jarang joint member perempuan bergosip tapi berlajar dengan bersungguh-sungguh menatap komik! Hahaha..

Cuma satulah kepada ibu bapa semua, perlu tahulah bukan semua komik ni boleh di baca oleh kanak-kanak. Adalah sesetengah orang ingat komik khas untuk kanak-kanak sahaja akibatnya anak-anak mereka membaca komik yang tak sesuai, macam kebanyakkan komik Hong Kong bolehlah dilabel sebagai 'untuk dewasa' sahaja ya. Isi kandungannya bukan cerita budak-budak. Komik Jepun juga perlu diteliti oleh ibu bapa ketika nak membeli untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Kalau setakat komik Doremon atau Dik Cergas tu okaylah.

Kenapa aku baca komik? uhhh..boleh ketagih..kalau di Jepun Komik dah jadi budaya pada mereka. Kecik, besar, tua dan muda semua baca komik. Sebenarnya banyak benda baik dalam komik ni. Merangsang pembaca jadi lebih optimis, jangan cepat putus asa, harapan, kebaikan mengatasi kejahatan dan paling best bila ada cerita yang 'penjahatnya ramai yang insaf' macam Dragon Ball...hehehehe...

Jadi apa pun kena pandai pilih komik. Sebab di internet saja berlambak komik dengan tema yang berbagai-bagai dan ada yang berbentuk porno. So tepuk dada tanya selera. Ada kawan aku cakap membazir aje beli benda alah tu semua. Membazir? Hei kawan, ni kira hobi juga. Kepuasan bila dapat membacanya. Macam orang kumpul setem, kumpul model Gundam, memancing, atau melukis. Faedahnya terpulang kepada cara masing-masing mentafsir hobi tersebut.

Hah, kat Malaysia pun kita dah ada ramai pelukis komik. Majalah Gempak pun ada terbitkan komik-komik yang menarik untuk remaja contohnya komik Kaoru. Kartunis Malaysia pulak memang dah ramailah. Sampai sekarang pun aku masih suka cerita Cabai; Tiga Dara Pingitan dan Ujang; Aku Budak Minang. Koleksi Datuk Lat, Kampung Boy pun aku sanggup beli. Banggalah dengan Dato' Lat. Komiknya dah antarabangsa!

View Image 
 (gambar internet)

5 ulasan:

KiN berkata...

suke conan dgn slam dunk, lagi satu hajime kindaici kalau xsilap. sal penyiasatan...sgt suke slam dunk dgn conan! sgt klakar klu lah masih ditygkan slamdunk!conan still layan kt tv3!hehe

Faisal berkata...

Aku pun suka manga dulu tp skrg baca kat internet sudah..huhu


p/s:jom link exchange nak?

Terbaru: 15 736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST
Terbaik:-Tutorial Lengkap Edisi Cara Membuat Duit Dengan Nuffnang(A to Z)
Terhangat:-Gadis Maghribi:Gambar-Gambar Cun Gadis Maghribi

Aniely berkata...

hye assalamualaikum ... saya interested in feel 100% tuh . saya ade buku nya tapi hilang ep 8 dan ep 16 . sauddari nak jual tak buku feel 100% tu kepada saya? please email ke saya jawapannya ... az.ony86@gmail.com .. menanti jawapan

Aniely berkata...

hye saya just nak tanya . feel 100% tu awak nak jual tak ? plz reply back at az.ony86@gmail.com tq

fitrah nur berkata...

hi. nk tnya awk beli manga kat mana ye selain kinokuniya? sbb sy tengah cari tokyo ghoul. thanks.

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...