28.12.10

Si Licik yang Comel

Ini cerita Leo. Si Debab aku yang nakal dan licik. Hari tu aku dah story pasal Sakura kini tibalah giliran Leo pulak diskandalkan dalam internet..(huhuhu..maapkan uwan Leo..uwan terpakse..XD..hehehe)

     (ini leo dan sakura time kecik-kecik..)
Leo ni luar biasa sebab faham apa aku cakap..hehehe..buktinya bila dia senyap-senyap curi masuk nak landing dalam almari aku yang selalu terlopong pintunya tuh, aku akan cakap; " Leo..ko buat apa tu hah..masuklah kalau nak kena.."
Lepas tu slow-slow Leo keluar buat muka bodoh..hahaha..tahu takuttt..satu lagi kalau kita panggil dia datang terkedek-kedek dengan muka macam nak cakap "nape uwan?"

Hahaha..kena pakai baju masa demam hari tu..cute sangat..tapi malam jelah..sekarang dah baik dah..baju ni pun aku simpan mana tahu nak pakai balik..


Leo dalam aktiviti paranormalnye..hik..hik..hik
 Ceh..Leo control macho ye...kalau depan kamera memang dia suka sangat berposing..entah tahu ke tak kamera tu apa..Selain tu dia suka sangat memangkas pokok air yang adik aku biak bersama ikan-ikan gapi. Sampai kontot dan yang lucunye pulak ikan-ikan tu berkumpul bila nampak Leo. Macam mintak makan. Hai Leo, kalau hilang jer sekor ikan uwan tu..siap ko..

Tabiat Leo yang lain ialah dia penggeli. Kalau pasir tandas yang kotor tak dikeluarkan dia akan cepat-cepat laksanakan 'hajat'nya tuh, kalau boleh menahan dia tahan sampai kita bersihkan tandasnya.

Satu hari dia pernah kejutkan adik aku Aen dengan mulut bising. Heran gaklah si Aen sebab pagi-pagi buta dia bising padahal Leo ni pendiam. Rupanya Leo macam suruh Aen ikut dia ke dapur. Pergilah hamba Allah ni ikut. Leo tunjuk bekas makanannya dengan isyarat muka dan pandangan mata (iyalah dia bukan boleh berbahasa Melayu..hehehe) Si Aen pun jenguk.. Makanan banyak lagi..Lepas tu..wargg..rupanya ada anak lipas dalam tu! hahaha..lucunya..Leo geli nak makan sebab ada lipas? Aen buang lipas tu lalu si Leo makan dengan aman..Leo?????? selama ini bukan main ko kejar berhambat dengan cik lipas..time makan geli pulak?




Macam sakura gak kalau tak dapat keluar tengok kat tingkap pun jadilah..cian Eyo.. ala gambar terbalik pulak...



Selalu sangat tunggu depan bilik aku sebab bila pergi kerja aku tutup pintu ni. Sebab takutlah barang-barang mahal aku (hehehe benda paling mahal yang pernah aku ada cuma PC aku jer) dilanggar oleh Leo dan Sakura. Diorang ni suka main kejar-kejar. So bila aku sampai aje kat rumah dia stanbylah kat muka pintu. Jangan tak tahu, Leo ni terer goyangkan tombol pintu. Cuma tak berjaya masuk jer..XD 


'' iks.. pintu ni aku tendang kang.." ujar Leo dalam hati.Uwan, bilikmu bilikku jua...hehehe
Salah satu kegemaran dia bergomol dengan Cik Teddy. Teruk dikerjakannya. Apalah dosa Cik Teddy tu Leo? Lepas penat menghentam dia tertidur dengan lenanya..mimpi jadi ultromenlah tu..
hehehe..ini gambar yang aku suka..Leo dan my hanphone yang dah buruk..huhuhu..(sorry hanphoneku..)

"hah, Kuya..burung tu..ko nampak tak? kalau tak nampak sah ko ni tuan kita kutip kat longkang!" kata Leo sambil tergelak sakan.
"banyak cantik muka ko..nanti aku bagi tahu tuan, ko sedap landing dalam gobok baju dia.." Balas Sakura menjeling ganas.
"cubalah ko buat kalau nak merasa kuku Wolverine aku nih!" Ujar Leo geram.
"Apa, kuku ko jer ke yang tajam? hahaha..sudahlah tiap-tiap minggu kena kerat dengan tuan..." gelak Sakura geli hati.
"jaga ko Kuya!" lalu bermulalah adengan bergumpal dan kejar mengejar seperti selalunyer..hehehehe

ahhhggg..zzzz..tido lagi best...good nite kucingku cayang..muaahhh!



















3 ulasan:

misz nana berkata...

comel2.. hehe

Shag berkata...

Awww~ Comel gila. Shag ada 2 ekor. Sekor kecik sekor besar. Tak larat jaga. Bapa banyak teko dah kena ganti baru sebab dorang langgar time main kejar2 =.=

Tahu tak, KFCM dan Elia kahwin?

aida berkata...

waaaaa cumil giler..suke suke suke kucing nih

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...