11.12.10

KiSaH adiK-beRadiK CoMeL


*Penghujung tahun 2009, aku telah mengambil dua ekor anak kucing comel sebagai keluarga angkat (kununnnyer..) hehehe..

Sekor nama LeoNa dan sekor lagi dipanggil Sakura. Nama manja: Eyo dan Uya. Kawan aku Kak Lela kutip kat rumah jiran. Mereka ni anak kucing jalanan. Mak mereka beranak depan rumah orang. Jadi orang tu nak buanglah. Masalahnya dia nak buang anak jer. Kalau macam tu matilah budak dua ekor ni sebab diorang mana pandai makan lagi. Masih kecik sangat. Jalan pun menggigil-gigil. 

*Ni Leo masa kecik lagi. Dia dan Sakura hisap susu botol. Bila aku buat susu aje berlumba-lumba berebut nak dulu. Hehehe..seronok pulak. Masa tu satu botol susu cukup untuk dua budak ni kenyang. Susunya khas untuk kucing tau. Botol pun sama. Sebab ada kawan aku ingat aku bagi susu bayi. hahaha...




*Umur macam ni selalu kena cacing..satu hari Leo muntah dan semalaman berkepit tidur dengan aku dan adik aku Aen. Esoknya terus bawa ke klinik haiwan kat Melawati. Doktor beri ubat cacing dan aku beli untuk Sakura sekali. 
Tengok Sakura tu, bergambar siap menjeling maut lagi kat uwan..gigit nih! (keluarga aku sejak dulu bahasakan diri sebagai uwan kat kucing-kucing..)


*Dah besar sikit ni..nakal ya amat. Banyak sungguh telatah lucunya. Pandai bawa diri. Hari pertama aku bawa ke rumah (naik teksi kawan aku Hafiz) budak dua ekor ni tak berak merata, tak usik barang-barang, boleh dikatakan sopan santunlah! hehehe...tapi yang nyata karekter Leo 'seorang' yang pendiam tapi lincah dan Sakura mulut becok tapi mudah gayat! Muahhhh..anak-anak buluku..uwan sayang kamu!



*Budak berdua ni sangat manja dan rapat sangat antara satu sama lain. Tak tahulah dia ingat ke tidak pada maknya. Sakura dijadikan adik angkat  Aen dan Aula, Leo pulak aku seorang yang punya..hehehehe...so kami share aje duit makan, pasir dan juga duit kesihatannya. Diorang ni makan biskut kucing jer dan sekali-sekala makan makanan basah kucing. Aku tak mahu beri dia makanan manusia sebab tak mahu najisnya berbau busuk sangat. Maklumlah kami ni tinggal di rumah flat. Dua ekor ni jer yang mampu di jaga. Lagipun bila semua pergi kerja tinggallah budak berdua ni main sendiri kat rumah.
*Masa ni muat lagi dok dalam kandangnya..sekarang katil uwan jadi tempat tidur...huhuhu..tidur tu bukan main lena siap mengigau lagi tu..mesti Kuya mimpi makanan best nih...










*Ni pulak yang tertonggeng kat tinggkap ni sebab kami tak bagi main kat luar. Kalau keluar mesti kitorang ada sekali temankan. Bukan apa takut hilang. Lepas tu takut orang tangkap. Maklumlah tak semua jiran kami kat sini suka kucing. Nasib baik jiran yang kiri dan kanan tak kisah. Lagipun mereka pun ada kucing sendiri.
Kalau nak sangat tengok kat luar macam nilah gaya budak berdua ni. Suka sangat nengok orang main kat court, tak pun intai burung kat pokok. Kesiannnn..nasib kamulah..kalau duk kat kampung lain cerita, ni kat bandar susahlah sikit sayangggg..

*Dah besar dah ni...manja sangat..si Leo berbadan gempal (memang kuat makan) dan Sakura lansing..(heran jugak ni sebab dia pun kuat makan).



              * cayang Eyo...cayang Uya..Selagi wan mampu wan akan jaga korang baik-baik..sedih teringat kucing tak bertuan kat luar nun..minta sedekah kat kedai-kedai, makan kat tong sampah, kalau nasib buruk kena tangkap dan kena dera..T-T

1 ulasan:

Betta sp berkata...

dah besau budak 2 ekoq tue yer...comey2:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...