19.12.10

Kucingku nak jadi baby..huhuhu

Ini cerita Sakura kucing kami yang sangat manja dan mengada. Hehehehe..

 
Dia ni memang aneh. Lain dari karekter kucing yang pernah kami bela. Asalnya anak kucing jalanan yang mahu dibuang orang. Aku kesian sangat ..jadi ambil sebagai keluarga angkatlah..
Sakura ni seekor kucing yang pandai kenang budi. Sejak kecil dia tak pernah buang najisnya merata-rata. Tak menyusahkan orang. Tahu tuannya 'miskin' huhuhuhu...Paling best dia dah selesaikan kes cicak dan lipas yang dulunya banyak kat rumah aku..dia tangkap tapi tak makan. Dia buat main ajer..Time kacih kuya sayang..

Ini telatah tak senonohnye...suka buat gini bila nak mintak keluar jalan-jalan. Kadang-kadang telatahnya macam anjing pun ada. Dia cukup suka bila adik aku Aula bawa dia bermain kat bawah flat kami. Melompat-lompatlah dia sambil Aula tercongok menunggu dia puas main. Kalau Aula tak temankan jangan harap dia tunggu kat situ. Dia lari balik rumahlah. Dia nak keluar sambil berteman saja. Kalau tak dia takoottttt!
Salah satu kesukaannya yang pelik ialah menghidu baju atau selimut aku, penuh kusyuk macam anak kucing  menyonyot susu ibu lak. Tangan tu siap dikembangkan dan menekan-nekan lagi tuh. (kuya jangan bagi malu uwan la..tahulah selimut tu dah lama tak basuh..hehehe)

 Ha..kucing ni kucing mainan yang boleh bergerak. Aku selalu takutkan Sakura dengan kucing ni..heran dia nengok..

Sakura juga suka berdukung. Manja mengalahkan baby. kalau dia nak berdukung tu dia minta betul-betul. Kalau posisi kita sedang berdiri dia akan berdiri gak sambil meletak tangan kat kaki kita lepas tu buat muka teruja nak suruh orang dukung. 

Kalau kita tak layan dia panjat sendiri! Jika kita dalam keadaan duduk pulak, Sakura akan berdiri atas riba dan cuba peluk bahu kita. Macam nak cakap" uwann nak ukunggg.." ceh, kamu bukan baby Kuya! Tapi siapa yang sampai hati menolak pemintaannya?






Ini rupanya yang mengada-ngada....rasa nak cubit-cubit! Satu lagi kalau orang tidur dia boleh jenguk kat tepi katil lepas tu kuis-kuis tangan orang suruh bangun. Tak ke comel tuh! Selalunya kucing aku yang pernah aku belalah, kalau nak kejut tuan tidur diorang suka mengiow kuat-kuat sambil cium-cium kita. Sakura ni tak pulak. Dia kejut secara berhemah. Hahahaha...

Kalau tak cuit-cuit dia duduklah depan muka kita sambil perhati mata kita buka ke tak lagi. Adik aku selalu buat-buat tidur. Sebab kalau dah bangun macam-macam dia nak..nak berdukung..nak jalan-jalan...mulut dia memang becok...menjawab cakap orang! uwan gigit mulut tu kang!


Ini gaya eksyen..ngantuklah kununnnn...









 Uhhh..zzzzz..lenanya Kuya tidur..mimpi uwan ke?


Sakura masa kecik-kecik dulu..jalan pun mengigil lagi..






 Kalau tak dapat jalan-jalan beginilah dia mengintai keluar..macam budak kecik yang tak boleh pergi main bola lak gayanya..sayu..hehehe








Kalau duduk kat bendul pintu macam nilah gayanya..konon-konon berangan duk atas sofa..huhuhu sian Kuya..kat umah kita takde sofa..



















4 ulasan:

AEN SYAH berkata...

hahaha ooo buat cite sal kucing gue.. tgu surat dari makhamah!!

hud aikara berkata...

hha ha banyaklah kucing lu..Kuya pon tak ingat..dia kata err..siapa Aen tu? XD

Jiha berkata...

Comel gila bila baca ttg kuya..

UniMeOw berkata...

kuya...kak uni sntiasa ada utk dkung kuya...! :D

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...