16.1.11

Blog-Blog WANTED!

Hari tu aku ada cerita pasal blog-blog PINK kali ni nak cakap pasal blog yang WANTED bagi aku pulak..ngeh ngeh ngeh..
Bukan apa saja nak kongsi dengan sesiapa yang sudi menyinggah di blog aku yang tak seberapa ni..huhuhu

1. Blog En Faizal Yusup (http://faizalyusup.com)



Blog ini wajar korang layari sebab banyak artikel kesedaran, motivasi dan video menarik di blog ini. En. Faizal ni merupakan seorang penulis buku-buku motivasi dan jugak motivatorlah. Banyak segmen-segmen yang korang boleh pilih untuk dibaca di blognya dan semuanya bagus-bagus.






2. Blog Cik Aqish Basir (http://qisgudgurl.blogspot.com)


hehehe..(sorry cik qish..I buat skandal kat sini..)
Blog peribadi ni antara yang aku suka sebab penulis blog ni seorang yang friendly di alam maya ni..walaupun dah beribu follower tapi dia tetap menjengah blog-blog yang masih baru dan tak 'berapa glamer' macam blog aku ni. hehehehe..

Mengunakan bahasa yang mudah dan santai, dia letak macam-macam dalam blog dia. Tips-tips berblog pun ada. Kalau rajin boleh menjenguk Cik Aqish ni.




3. Blog Faisal Abdullah (http://www.2dayblogger.com)
Hah! Pergilah ke blog ini dan banyak tips-tips berguna contohnya kepada yang nak tahu pasal nuffnang, blog dan jugak lain-lain tutorial yang berguna untuk para blogger. Selain tu ada juga artikel-artikel menarik di situ. Kalau tak segan boleh pi jenguk-jenguk.

Yang ini pun blog yang patut korang masukkan dalam list. Dalam ni ada pengumuman berkenaan kerja kosong, semakan macam-macam keputusan yang berlink terus ke website yang dicari contoh nak tengok 'semakan keputusan MUET' dan lain-lain lagi. 
Selain tu blogger ni banyak juga cerita dan artikel menarik dalam blog dia..ahhh korang baca sendirilah..hehehe..


5. Blog Papa Hero (http://kakimotong.blogspot.com)
Ini blog Hero si kucing hencem yang telah dianiaya oleh manusia berhati setan. Si setan tu potong kedua kaki depan dia. 

Hero telah diselamatkan oleh Papa Hero si blogger ni dan dalam blog ni ada cerita tentang Hero dan kucing-kucing malang yang diselamatkan.

Kalau ada cerita sedih pasal kucing di blog ni..sure aku baca sambil menangis punye..siapa pencinta haiwan lawatlah si Hero yang comel ni yek..
(ceh..ceh..Iyo control macho nih..)




Ini pun blog pencinta haiwan. 
Aku kagum dengan Papa Meow ni sebab dia sanggup menjaga berpuluh-puluh ekor kucing malang dan kalau jumpa yang sakit dia sanggup berhabis duit cuba menyelamatkan mereka. 
Bukan setakat kucing jer haiwan lain macam anjing pun akan dapat perhatian blogger ni. Di blog dia macam-macam cerita menarik berkenaan kucing dan anjing ada. Best baca telatah haiwan-haiwan ni.



7. Blog (http://bettasplenden-bettasplenden.blogspot.com)

Rabbit in the web!
Kepada sesiapa yang nak bela arnab eloklah masuk kat blog ni dulu sebab di sini banyak info pasal arnab yang amat berguna. Banyak gambar dan cerita tentang arnab di blog ini..sure korang tak rugi tengok!







Blog untuk pencinta buku!
En. Khairusy Syakirin  (seorang pensyarah dan penulis) telah mengulas banyak buku dalam blognya ini misalnya buku; Three cup of tea dan Saving Israel. 
Dalam blog ini juga kita  boleh membaca balik artikel-artikel yang pernah ditulis oleh bogger ini dalam Utusan Malaysia. Pendek kata menjengah blog ini seperti masuk ke perpustakaan mini maya. 





Sebuah lagi blog pencinta buku!
Saudara Tanzil ini berasal dari Indonesia dan blognya juga berbahasa Indonesia. Tetapi jangan risau bahasa yang digunakan mudah difahami kerana dia tidak menggunakan bahasa basahan. Ulasan-ulasan bukunya sangat detail dan aku sangat tertarik dengan semua buku yang dibacanya. Siapa yang suka buku silalah ke sini. 







Blog saudara C.Satria Sabarudin dari Malang, Indonesia.
Blog ini istimewa kerana memaparkan lukisan dan hasil kerja  C.Satria atau Iroel dengan menggunakan pensil warna. Sangat menakjubkan! 

Sebab jarang pelukis menggunakan pensil warna secara serius macam dia ni (kalau setakat lakaran potret tu biasalah aku tengok, ini.. wow..baik korang tengok sendiri). 

Terlopong aku tengok karya-karya tersebut. Sesiapa pencinta seni boleh jejak blog ini. Tak rugi ma..! 



Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa aku buat entry ni kan, tapi aku papar aje apa yang aku suka. Tak kisahlah si blogger yang aku list ni tak kenal blog aku. Bagi aku tak semestinya kita follow mereka, mereka kena follow kita balik. Janji isi blog diorang aku suka. Nombor list ni pun random aje maksudnya tiada yang atas atau terakhir. Sepuluh blog ni ada keistimewaan yang tersendiri dan cerita yang tersendiri. Banyak lagi sebenarnya blog yang aku suka tapi cukuplah aku letak 10 dulu kat sini. Nanti kalau ada lagi blog yang menarik dan lain dari yang lain aku akan kongsi lagi..So selamat berblog! hehehehe...

7 ulasan:

Betta sp berkata...

owh, xsangka sy tmasuk dlm bloglist cik hud nie....thank u:)

btw, bgus jugak buat entry nie, blhla sy mlawat blog animal lovers yg len. thanks

hud aikara berkata...

terima kasih En. Betta sp.Dua blog; Papa Hero dan papa meow tu memang animal lovers yg tegar..seronok masuk blog mereka..:)

ANATI SOKI berkata...

mari terjah blog mereka!! anat fllow kmu!!

aqish basir berkata...

ohmeygad...hud akaira,,,,qis pon termasuk ek??

halamakkkkkk

haha
tengs!!!!!!!!!!!!

blog glamer ke ta ramai follower ke pe kesah an> jnji isi entry best!!!!!!!

hud hud hud aikaarrrraaaa!

hud aikara berkata...

Cik Qish: alamak...cik Qish dah sedarlah I curik gambar dia..hehehe..

Anati Soki: aku dah terjah blog kamu! I sukeee...

faizal yusup berkata...

salam hud... terima kasih.. tak sangka pulak blog FY tercalon pulak.. Alhamdulillah.. Maaf sebab agak lama tak menulis dan menjengah sebab FY agak sibuk kebelakangan ini.. Apapun jaga hati, jaga minda dan jaga badan!

hud aikara berkata...

terima kasih En Faizal kerana sudi jenguk sini...sukee sangat!

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...