7.1.11

*tetap menjadi AKU*

 Orang kita kata kalau dah makin dewasa tak boleh baca komik lagi sebab komik untuk budak-budak aje..BETUL ke? Zaman ni tidak lagi...lebih baik beli komik dari beli rokok...jangan baca komik porno atau yang ganas melampau dah lah..baca komik tu buku pelajaran jangan tinggal lak! (iks..membebel lak orang tue ni.)

Inilah majalah kesayangan masa belajar dulu..huhuhu..Walaupun aku dikira sudah 'tak sesuai' membacanya tapi tak salah aku simpan semua majalah lama aku ni sebagai kenangan..tak rela aku campak semuanya pada En. Apek 'surat khabar lama'.(tiap-tiap hari apek tu lalu depan flat aku..kalau tak dia yang menyingah mesti En. Apek Tilam pulak yang jerit; 'tilam..,tilam..,tilam lama tukar baru')..hehehe..macam-macam cara orang niaga sekarang..

 Koleksi yang makin aku suka..biar pun murah tapi hati puas tengok. Kebanyakkannya pemberian sahabat handai. Ada nilai sentimental. Mula dari situ aku mula suka tengok keychain cantik-cantik. Adik aku, Aen dan Aula pun joint kumpul gak ni..salah satu hobilah kununnnyer..XD
 Majalah lama...terkenang zaman brutal dulu..masa zaman belajar aku ni minah yang suka pakai serba hitam sampai ada orang tak kenal panggil aku budak 'black metal'..atau 'black mental'..hahahah
 Anak patung lama..mula rambutnya panjang tapi tangan aku gatal pergi potong..melolong anak patung aku nih. Kawan aku yang bagi sebagai hadiah konvo. Sekarang dah jadi tempat balun si Leo..T-T
 Poskad, kad, penanda buku dan sticker yang masih aku simpan..aduhhh.rindunya zaman belajar..kepada yang masih belajar gunakan zaman remaja sebaik-baiknya..kalau tak kahwin lagi; yang perempuan jangan buang bayi..yang lelaki jangan buat bayi..sia-sia masa muda. Kalau masa remaja kita ceria, satu ketika nanti kita akan tersenyum melihat kenangan yang kita tinggalkan..macam aku..hehehe..(tersengeh mengada). Apa aku ni..bercerita macamlah umur aku dah 50 tahun pulak....aku tahu walau bertambah lagi nombor aneh (a.k.a dah tue..hihihi) pada umur aku tahun ini namun kepala otak aku ni TOTAPPP muda...hahaha 

 SELAMAT TAHUN BARU SEMUA..

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...