26.1.11

walau kakinya dipotong kejam, dia tetap tabah


(video oleh mariahairey-youtube)

Ini HERO kucing tersayang papa hero yang pernah jadi mangsa kekejaman manusia. Aku tahu sesetengah orang benci kucing, geli atau tak suka. Tapi itu hak masing-masinglah.  Cuma yang aku tak tahan bila orang menjadi sebegini kejam ya. Tapi bila difikir-fikirkan apa yang aku hairankan. Bayi pun orang boleh buang merata. Anak sendiri pun orang boleh dera sampai mati. Inikan kucing. (takut pulak memikirkan hidup di zaman penuh kekejaman merata-rata ni...)

Cerita Hero ni dah lama dah popular kat internet. Cuma aku baru kenal blog papa hero dalam tahun lepas. (http://kakimotong.blogspot.com). Aku suka tengok gambar-gambar si Hero ni. Nampak dia sayang sangat kat tuan dia cuma dia tak mampu nak balas. Sampai aku teringat pulak kat si Leo dan Sakura di rumah. Kucing berdua tu pandai tunjuk diorang sayang kat aku sampai setiap kali nak keluar pergi kerja pun aku nampak wajah diorang yang menatap sayu menghantar di muka pintu. Seolah-olah nak cakap, " bila uwan nak balik?, lama tak perginya?"
(hehehehe...Walaupun aku ni bujang tapi pergi dan balik kerja ada kucing sambut tau!)

Kepada yang tak suka kucing janganlah dipukul atau di dera kucing tu. Kalau jumpa tepi-tepi jalan janganlah pulak sengaja dilontar batu atau kayu. Apa pun kesalahan si kucing atau anjing mereka tidak berakal macam kita, yang pasti mereka tu bukan ahli neraka. Bukan macam kita yang belum tentu masuk syurga.

p/s: Apa ye perasaan orang dera anak sampai mati? Jahat sangat ke budak tu? nakal sangat ke? Tak sanggup nak fikir...T-T

10 ulasan:

Betta sp berkata...

huuu...huuu...sedihnya bila tgk video nie. geram pon ada kat manusia yg kejam tue, knapa xdak lgsung belas kasihan dia smpi snggup buat kucing tue menderita??? geram...geram...grrrrr

JIJI YU berkata...

gile kejam weh..

hud aikara berkata...

ahah..fist time aku nengok video tu aku nangislah..aku bukan boleh nengok benda sedih melibatkan haiwan ni...kesian sangat...

Lulu caldina berkata...

huhu, sedih....paling tak suka kalau melibatkan kanak2 atau bayi...

hud aikara berkata...

samalah kita Cik Lulu...

misz nana berkata...

siannya kucing tuh..

Nasuha Salleh berkata...

video ne menyedihkn sgt
smpai nangis i tgk..
=( syangila hewan..makhluk tuhan tu..

My popular posts:
1)Untuk Bibir Tampak Merah Menawan
2)Urutan Mengatasi Wajah Berminyak
3)Geo Lens Superb Untuk Mata

hud aikara berkata...

betul tu...sayangilah haiwan sebab mereka juga makhluk tuhan di dunia ini...tapi kalau nak tahu cerita lanjut pasal Hero boleh pergi ke blog kakimotong (papa hero).Kat situ ada cerita macamana papa hero jaga hero.

Rosmawati Yusof berkata...

Akak siap nangis2 masa first time baca tent HERO ini, tragis sgt.

Senang2 jlnlah blog akak, tengok cumil2 akak disana... T/ksih krn menyayangi kucing dan semua cumil2 yg lain

hud aikara berkata...

insyaAllah nanti saya jalan nengok cumil2 kak Rosmawati..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...