4.2.11

Cuti!!!!

Selamat tahun baru Cina ya kepada yang merayakannya...cuti dua hari ni aku suka sangattttt..hehehehe..boleh rehat otak aku yang dah tepu ni..
(gambar limau yang melambak dalam peti ais rumah aku...minggu ni aje dah berkotak aku cekik limau mandarin nih..)


 "uwan tu nak kuar pi jalanlah tu..." Sakura mulai curiga melihat aku dan adik aku bersiap-siap depan cermin. Lalu dia dan Leo cepat-cepat bersidai depan pintu...hehehe..kira nak blok pintulah tu..


 Sebenarnya kami nak tengok Khurafat di Wangsa Walk tapi tayangannya lewat sangat...malas nak tunggu. Yang tak bestnya cuti Tahun Baru Cina ni banyak kedai tutup.

Kami pergi balik naik LRT jer..lepas tu naik bas pulak ke Bandar baru Wangsa Maju. Macam nilah kalau tak ada kete...huhuhu..Sebab tak jadi tengok wayang kami jalan-jalan saja sekitar Wangsa Walk dan Carrefour. Kemudian temankan adik aku si Wada buat cermin mata baru. Aku pun tumpang cek mata sekalilah. Wooo power spek aku dah naik!



Ini menu di food stall Carrefour.



 Benda inilah yang aku cekik di Manggo Chilis Wangsa Walk. Makanan kat situ sedap. Harga pun okay.


 ambik kau..licin....hehehehe (dasar kuat makan!)


Pemandangan dari tingkap LRT ..nak balik ke rumah dah..





Buka jer pintu Sakura dan Leo dah siap sedia sambut. Lepas tu Sakura buat muka masam...marahlah tu sebab tinggal dia..hehehe...
"Alaaa..bukan uwan tak nak bawak Kuya ngan Leo tapi tempat tu tak terima pelawat berbulu.." Aku pujuk Sakura dan Leo sambil mengumpan ayam rebus kegemaran Sakura. Leo pulak aku berilah dua tiga ekor ikan bilis kesukaan dia..hehehe..

2 ulasan:

~kuyam~ berkata...

ABC ke tu?whoa,nmpk sedap gila.nyum3 :)

hud aikara berkata...

aha..memang sedappp..tapi bukan ABC..namanya dah lupa ahh..tapi ada bunyi longan dan kiwi..hehehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...