11.2.11

DUNIA AJAIB AQUA

 Habiskan masa di AQUARIA!
Sebenarnya mak dan adik lelaki aku datang KL. (seronoknyerrr \o/ )

Mak aku menjalani rawatan susulan Tiroid di HKL. Selalu kena datang buat pemeriksaan. Selama setengah hari kami semua menunggu mak di HKL sebelum pergi ke KLCC.

Sajalah bawa mak jalan-jalan ke Aquaria. Selama bertahun-tahun jadi warga KL inilah kali pertama aku ada masa ke situ..hahaha..(ketinggalan betullah!)



Hai seronok pulak aku tengok penyelam bagi ikan-ikan tu makan. Paling lucu tengok penyu. Nakal-nakal pulak tu. Siap berebut makanan dengan ikan.

Gambar-gambar yang aku dan adik aku Wada ambil ni tak berapa jelas. Tapi cukuplah untuk mengenang kembali kedatangan kami ke situ. lagipun ia lebih bermakna sebab aku dapat jalan-jalan dengan mak aku...hehehe...seronok bila satu keluarga berkumpul!

Sekarang ni tiket masuk untuk ke Aquaria sahaja RM 35.00 untuk warganegara dan RM 45.00 untuk pelancong asing. Kanak-kanak Malaysia pulak RM 25.00, kanak-kanak warga asing RM 35.00, dan untuk warga tua RM 25.00. Kepada pelajar yang memegang kad matrik/pelajar adalah diskaun RM5.00. Untuk tiket ke bahagian Aquazone pulak lain harganya. Kalau nak masuk dua-dua bahagian ada dijual combo tickets.






 


 Geram tengok ikan-ikan dalam kolam nih!




 Si Paul versi Malaysia..hehehe

 Ini Jelly fish yang unik.

 Penyelam sibuk memberi ikan makan.


Mungkin ada masa lain aku akan datang lagi. Seronok memerhati hidupan ciptaan tuhan yang comel, unik, aneh dan cantik. Untuk mengekalkan kewujudan mereka marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar dan planet kita ini.

Yeahhh..JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA!





2 ulasan:

Betta sp berkata...

ngeee..byknya ikan. xpenah p lagi tmpat nie, tp suatu hari nnt sy pasti akan smpai mjejakkn kaki kat aquaria...hohoho

hud aikara berkata...

hehehe Kalau pegi ramai2 lagi best.Tempat dia tak besar tapi best ar nengok ikan..:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...