14.2.11

Khurafat dan Hantu Kak Limah!

View ImageWaaargghhh..minggu lepas tengok Khurafat! Oleh kerana kebanyakkan ulasan berkenaan filem ini sangat baik jadi aku pun beria-ria nak tengok. Memang harapan aku nak merasa keseraman itu amat tinggi kerana aku ni seorang yang penakut. Tapi bila dah tengok aje.....

Tak takut lansung! :(

Jalan cerita memang ok. Lakonan pun ok. Part ngilu dan terkejut memang oklah.
Hantu pun mengerikan. Tapi entah kenapa aku merasakan keseramannya biasa-biasa saja. Adik-adik aku  yang tengok sekali pun rasa macam tu. Yang lawaknya aku gelak dalam panggung. Bukan gelak kat cerita tapi gelak kat penonton belah atas kiri aku. Dia boleh pulak buat lawak sebab terkejut. Lagilah hilang keseraman aku..hehehehe...tapi rasa meluat pun ada sebab terover-over pulak terkejutnya.

Tapi aku respect lah dengan Encik pengarah; Syamsul Yusof sebab muda-muda lagi dah boleh buat filem tahap box office. Biarlah apa orang nak kata pasal dia tapi yang nyata bakatnya dalam pengarahan telah diiktiraf. Mungkin dalam lakonan masih boleh digilap bagi lebih bersinar-sinar...:)

View ImageTak cukup nengok Khurafat aku sewa pulak DVD yang baru keluar di pasaran Hantu Kak Limah balik Rumah (sewa yang ori di Ezy Video). Tengok DVD je sebab tak sempat tengok di panggung. Memang kelakar ah ceritanya. Kalau tengok kat wayang entah-entah guling-guling aku ketawa.

Aku paling lucu part bomoh Indon cari ayam hitam tapi tertangkap kepala kak Limah dan babak si Johan pakai tudung saji.. Hahahaha...lakonan Awie dalam cerita ni pun memang lawak. Sampai sekarang aku dok ikut ayat ; "cu citer, cu citer..."

Kalau siapa yang sedar cerita Mamat Khalid ni banyak betul sindirannya. Walaupun dalam bentuk lawak yang ala-ala extrem tapi dia pandai selit sindiran masyarakat tanpa kita rasa bosan.


Haaa...nak nengok lagi sekalilah...hehehe...


2 ulasan:

++sang wada++ berkata...

mlm ni aku layan lagi kak limah..kali ninak gelak tak hengat dunia.."cu citer..cu citer.."hahaha

hud aikara berkata...

aku lom kesempatan lagi nak nengok kali kedua nih sibuk pikir pasal umah ni..huhuhu

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...