31.3.11

Aku dah disampuk Hantu Kak Limah!

Berita Harian Online Dengarnya...: Hantu Kak Limah bakal ke Itali
Berikut petikan dari wartawan Normah Becok:

"NAMPAKNYA Pengarah Mamat Khalid mendapat dua khabar gembira sekali gus. Pertama, dia menerima menantu pada Sabtu ini, dan keduanya filem meletup arahannya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, diundang ke sebuah festival filem antarabangsa di Itali, tidak lama lagi. Tahniah Cik Normah ucapkan buat Mamat yang sememangnya bijak menggarap sebuah cerita yang mampu menarik perhatian ramai. Tahniah juga kerana mendapat menantu. Tidak lama lagi, nampaknya bergelar datuklah pula Abang Mat ya. Oh ya, berbalik ke cerita pemilihan filemnya kepada Itali, kalau tak silap Cik Normah, sebuah lagi filem arahannya, Zombi Kampung Pisang turut pernah menjejakkan kaki ke festival terbabit. Kiranya, ini bukanlah kali pertama Mamat membawa filemnya ke sana. Kiranya juga, orang luar memang sudah kenallah siapa Abang Mamat kita ni, seperti mana mereka mengenali arwah Yasmin Ahmad. Lebih membanggakan Cik Normah, filem Hantu Kak Limah turut menampilkan lakonan bos Cik Normah. Walaupun wataknya tidak besar, tetapi tetap meninggalkan impak. Malah, dialog yang dituturkannya dalam filem itu pun menjadi ikutan ramai.Nampaknya, tak lama lagi peminat antarabangsa pun akan mengenali bos Cik Normah yang tampan itu. Makin naiklah saham dia. Dengan pemilihan Hantu Kak Limah, jangan anggap filem komedi tidak mampu melangkah ke festival antarabangsa. Tengok, Mamat sudah pun membuktikan filem lawak juga punya kekuatan yang sama dengan filem drama dan sebagainya."


Hahaha...bagi aku inilah cerita lawak yang mampu aku tonton berkali-kali tanpa jemu selain cerita P.Ramli. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku mainkan cerita ni sebab suka sangat dengan semua karekter filem ini. Nampaknya betullah Mamat Khalid cakap yang filem HKLBR ni lebih bagus dan kelakar dari Zombi Kampung Pisang. Bagi aku memang 10 kali lebih bagus! Syabas Mamat Khalid!
Memang tak sabar nak tunggu sambungan kampung Pisang yang ketiga. Khabarnya skrip sekuel tu pun dah siap. Seronok apa tengok gelagat penduduk kampung ni. Hehehehe...


Antara watak yang paling aku suka..Usop. Pembawakan watak Usop lebih berkesan dalam HKLBR dari ZKP. Ayat yang paling aku suka;
" nampak sangat menipunye..bukan lapan tiang lampu, lapan batu nisan jer.."
Ayat lain yang best; " .....sabor jelah" (dalam bunyi yang janggal tapi menarik),
"Bala, bala.." (watak yang muncul sesekali, janggal lenggok pengucapan tapi unik dan seronok ditonton),
"...tak tengok Akademi fantasia ker? Tak kan tak tengok AC Mizal kot.." (Aku suka lakonan Awie dalam cerita ini..lucu!)

Paling best:

"uwehhh... mengkeme ni baru balik dari konsert Black Metal wehh?"
"Black Metal tu tak salah Pak Abu, yang salah ada anggapan yang Black Metal tu salah! Sabor jelah!"
"Pak Abu, Kak Limah..Kak Limah dah jadi Zomba!"
"Jangan kamu di takuk lama Usin, itu cerita dulu, zomba..zomba,..zombi!"


Enjit enjit semut..sape sakit naik atas... enjit-enjit semut sape sakit naik atas...

hahaha..maap la wehh...aku memang dah gila dengan
cerita ini! \o/

(gambar-gambar dari internet/blog - yahoo)

9 ulasan:

Just Call Me V berkata...

yup..cerita ni memang best..evergreen lawak..hehe

aqish basir berkata...

akaira: qis pon baru lepas tengok cerita hantu kak limah ni,tengok berulang kali tak jemu...

yang part qis suka time awie cakap...

''kita cakap dengan dia,dia buat dekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je..."

=)

m.q berkata...

kite bako je!!!!!

hud aikara berkata...

hahahah..memang lucu kan!(nak nengok lagi le..lalalala)

Betta sp berkata...

huhuhu....xtengok lagik

hud aikara berkata...

baik En Betta tengok..tak rugi..best! hehehe...

nora berkata...

aku tak leh nak join gelak sebab aku tak tgk lg arrr

ENTRY HOT : Nak Merajuk

s.u.h.a berkata...

cer cite. cer cite kak limah oi. haha

hud aikara berkata...

semalam aku nengok lagik! memang dah gila aku ni sampai ringtone aku pun suara Pak Abu! :)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...