3.3.11

ketika uwan pi keje...

 Hari ni memang boring! Uwan kita dua-dua takde pergi keje...uwan selalu cakap "kuya, uwan nak kuar ni..nak cari sesuap piskis untuk Kuya ngan Leo..jaga umah tau.." 
Sian uwan.. penat kejee..

 Ini adik aku Leo. Dia ni bodoh cikit..ada ke kotak kecik tu dia nak baring..sedarlah cikit diri tu gemookk..
("siapa gemook? ko tu slim melim takde siapa pon geram!" Oh rupanya Leo perasan dirinya sedang dikutuk..hehehe)

 Padan muka ko Leo..wekkk..
hah kat cini tempat lepak aku..best dok kat bendul ni. Kalau ada makanan sedap kat dapur cepat jer aku boleh tahu..tapi...uwan tetap bagi piskis gak..paling sedap pon bagi ayam rebus..huhuhu..uwan cakap, "Kuya kamu jangan mengada makan sebarangan, jangan makan benda kotor tau..nanti kamu berak busuk.." Aku terfikir gak..busuk ke taik aku tuh? nanti aku pi hidu sekali lagi.

 
Adik aku si Leo ni selain agak bodoh-bodoh dia ni spastik cikit..dia bangkang habis-habisan yang dia ni kucing..dia selalu tiru cara uwan kami baring..bukan sesekali dia baring camni tapi memang selalu sangat!
("eh ngok! aku baring sebab perut aku penuhlah!" Leo sibuk menyampuk.)
Sedap aje si gedempol ni panggil aku ngok! Siap kau!

 Dalam sehari mahu lima enam kali aku ulang mangkuk kesayangan aku nih. Uwan rajin top up. Katanya tak nak kami kebulur...baiknya uwannn..(aku tahu sebenarnya uwan aku malas nak top up dua tiga kali sebab tu dia bagi banyak terus..sebab tu adik aku jadi debab!)

 ihhhh si Leo ni aku kat sini dia pon kat sini! Menyibuk betul! Syiuh ko kat sana!
("Ada lantai ni tulis nama ko?" Balas Leo eksyen.)

 Kalau aku cakap selalu je si Leo ni melawan. Tapi selalu kalah kalau bertinju ngan aku. hahaha dia tak larat angkat perut dia..hahaha..
(bedeboooKKK!- "nah kau!" Leo telah memberi tumbukan The Rock kat muka aku..budak ni..!!!)

Lepas main Leo mesti panjat kolah cari gayung air. Kalau letak air elok-elok kat tepi bekas makan lansung dia tak minum. Biar pun bekas tu comel mana sekali pun. Kalau air paip mengalir dia siap hulur tangan nak main. Mainnnnn jer kejenya..!

Itulah sedikit sebanyak sesi pengumpatan aku untuk kali ini...sementara menunggu uwan aku balik kerja. Nanti kalau ada cerita Leo yang memalukan aku akan cerita lagi..aku kena tutup PC ni cepat-cepat sebelum pukul 6. Sebab masa tu uwan aku dah nak sampai rumah. Nanti kalau dia tahu aku curik-curik main PC ni..sebulan aku kena bebel..silap haribulan dia tak nak lagi main lambung kertas dengan aku..

Sekian, salam manja dari aku;

KUYA 


p/s: terharu aku baca citer abang Madan...semoga cintamu berjaya abang Madan..

ngeh ngeh ngeh...

6 ulasan:

Betta sp berkata...

eyhhh...kucing zaman skang nie mmg pandai guna intenet, dasyat btol. nak kena ajar rabbit sy guna laptop pulak :)

Rosmawati Yusof berkata...

Uwan pegi sbb nak bagi kamu makan sayang... jaga diri dan adik baik2 , ok..

hud aikara berkata...

En.BeTTa: hah kucing saya main internet? ooo tu keje dia bila saya takde ye...patut selalu nampak ada suis tak tutup...nanti dia..

hud aikara berkata...

Kak Rosmawati: huhuhu...kuya cakap dia faham...

lady dayana. berkata...

comelllll nya kucing ni! geram tgk ouh. heheh :)

btw, thnks sbb follow blog sy ! :P

hud aikara berkata...

lady dayana, kuya dan leo kirim salam! hehehehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...