5.3.11

my boss my hero

Sebenarnya drama ini dah lama di pasaran. Julai  2006 drama komedi ini sudah diterbitkan di Jepun. Aku baru dapat menontonnya baru-baru ini dan memang tergelak sorang-sorang.
Nagase Tomoya memang kelakar! Dalam drama ini dia jadi Sakaki Makio bakal pewaris kumpulan yakuza yang pergi sekolah menengah untuk habiskan pengajiannya.
Makio  sangat kuat bertarung dan digelar 'tornado' tapi dalam hal-hal yang melibatkan otak dia ni..bodoh! hahahaha...bapanya pula memberi syarat ketat; jika nak jadi boss kumpulan mereka dia mesti pergi sekolah! Bayangkan dalam usia 27 tahun dia terpaksa menyamar jadi remaja 17 tahun dan pulak tu tak boleh lansung menunjukkan perangai ganas di sekolah itu. Jadi luculah bila dia kena buli dengan budak nakal pula.
    

 Nagase Toyama...hensem gak..hihihi..

 Ini Tegoshi Yuya, dalam drama ni dia jadi kawan baik Makio di sekolah. Walaupun dia pelik sikit dengan perangai Makio tapi dia suka berkawan dengan lelaki itu malah membantunya untuk menjadi ketua kelas yang baik.

Aragaki Yui pula sebagai Umemura Hikari yang menyimpan perasaan pada Makio dan turut sama menyokong usaha Makio meningkatkan prestasi kelas mereka. Daripada seorang yang dingin dan ganas Makio mula memahami hal-hal kecil yang selama ini tidak disedarinya, mula memahami erti persahabatan, rasa cinta dan keriangan zaman remaja yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini. Dia mula menyayangi rakan-rakan sekolahnya dan menghargai orang yang berada disekelilingnya. Drama ini menarik bagi aku sebab usaha Makio yang bersungguh-sungguh untuk membuktikan dia boleh menjadi ketua yang baik amat menyentuh perasaan walaupun diselangi kelucuan. Malah bapanya yang selama ini terlalu tegas dengannya berusaha kembali untuk menjadi seorang bapa yang baik kepada Makio. Drama ini turut di bintangi oleh Tanaka Koki dan Murakawa Eri.

(gambar-gambar dari internet)

4 ulasan:

Betta sp berkata...

btol2...memang klaka citer nih. bila sy tgk time dorang berebut nak mkn puding, tetiba je rasa nak mkn jugak....he3.

plg klaka tgk muka si makio tue, kdg2 time brangan kan muka dia cam buduh skit....mmg gelak guling2

hud aikara berkata...

hahaha..samalah kita..saya pon tak tahan nak gelak nengok muka si Makio..tuh..

aleen aiden berkata...

cerita ni memang sengal ubi!nak beli puding pon macam nak berbunuh.ha3

hud aikara berkata...

betul! betul! hahaha..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...