13.4.11

Cerita tengah malam...

Pening. Serabut. Resah. Gelisah. Patah semangat. Marah.

Bila semua perasaan ini bertaut semuanya seperti sedang jatuh ke lurah.

Dalam keadaan seperti ini manusia biasanya menjadi hilang arah. 

Mudah terjebak dalam sesuatu yang negatif sampai ada yang dah parah.

Bunuh diri, dadah, perlakuan sosial yang melampau malah jenayah.

Cuma iman, disiplin hidup, kewarasan atau kesabaran sahaja yang mampu menahan kita dari menjadi seperti pohon yang patah. 

Kadang-kadang sebagai manusia kita sering membuat pilihan yang salah.

 Perlukah kita melihat semua masalah dengan tangisan? 

Kadang kala perlu juga sekadar meluahkan rasa sedih atau terkilan . 

Cuma masalah itu tak mungkin lenyap dengan hanya tersedu sedan. 

Atau berpura-pura masalah itu hilang begitu saja macam ditiup angin sampai ke bulan. 

Berdepan. Itu saja caranya. Berdepan dan selesaikan. 

Tak dapat selesai semua hari ini, cuba lagi esok, lusa, tak pun sampai minggu depan.
.....
.....
......

Okay. Sekarang tarik nafas setenang - tenangnya. 

Tengok. Bila berfikiran positif pasti akan ada jalannya. 

Kreatif. Perlu kreatif. Dunia ini memang kejam. Memang tak akan selalu adil tentunya. 

Tapi aku tetap boleh nampak pelangi harapan disebalik jejak-jejak derita kita. 

Sebab hidup ini akan jadi indah bila kita tahu apa yang kita mahukan walaupun tak sempurna.

Yang penting kena terus ceria. \o/

'kalaulah wujud negeri kayangan
kalaulah wujud istana dewa dewi
kalaulah wujud bahagia selamanya
dan kalaulah wujud cinta abadi
aku yakin dunia ini tidak diciptakan
yang ada hanyalah syurga.'
                                                    -hud aikara (sedang mengarut)



p/s: Maaf buat entry mengarut ni. 
         Ni semua terbawa-bawa dengan feling meling tengah malam yang sunyi.
       Hehehe...semua orang dah tido termasuk Leo dan Kuya...
      (ceh langsung sekor pun tak nak temankan aku! termasuklah nyamuk!)

3 ulasan:

NoRHaNa CorNER berkata...

jiwang jugak ye mmber aku ni hehehehe

Rosmawati Yusof berkata...

Tengah malam, mmg macam2 yg datang..he, he

hud aikara berkata...

Ana: ni bukan jiwang..tapi nak mengurangi tekanan..hehehehe..

Kak rosmawati: seremmmm pulak..hahaha

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...