13.4.11

perang dah nak meletus!

Hah! Keadaan sekarang makin meruncing. Perang dah nak meletus. Aku tak bersedia lansung. Semua organ dalam tubuhku lesu. Tak bermaya. Tapi kalau tengok nasikkk..semua segar megar! Ceh!
"Oii perut, kau ingat sikit. Asyik berbunyi aje. Berapa kali kau nak nasik hah?"
"Kau apa gelak? (jeling tajam kat si mulut)..mengunyah aje kau tahu."
"Akibat korang si jantung, si buah pinggang dalam bahaya tau."
"Apa ni tuan..bukan kami punca utama, tuan tanyalah otak dengan Hati..diorang yang suruh..." selamba jer perut menjawab.
"aku tak salah ah...dah si mata nengok makanan sedap..aku terliur jer.." pantas si Hati memintas.
"aku pulak yang kena..." ujar Si Mata bengkek.
Ahhhh semua tak nak mengaku! Perang dah makin dekat nih...perang ngan lemak akulah...hehehehe...ok. Korang semua akan ku denda. Minggu ni jangan makan nasikk! Sebab korang menternak lemak secara haram, tak ada permit!

Nengok, dulu aku slim gaklah..masa ni ala-ala ganaz sikit..kalau benda yang nampak feminin sikit aku bo layan jer..sampai budak kecik pun kompius aku ni laki ke pompuan ..ngeh ngeh ngeh..

 Lepas tu kununn posing ayulah...(jadi gini lepas kena duduk asrama dengan budak - budak pompuan -kena cuci otak!) tapi lepas jejak aje bumi KL yang kojam ini..aku telah bertukar menjadi ini!
...

..

..

...

..

..

..

..

..

..

..

..

(gambar ni dari internet)
 see..? Cantik tak? huhuhu..sadisnyerr..

 Aku telah menjadi contoh yang tak baik bagi budak ni. (aksi bersiap sedia blok pintu sebab tahu aku nak keluar)

 Makin lama makin kuat makan. Tengoklah perut dia.

 Selang sejam, dua tiga kali dia mengulang mangkuk piskis. Ni nak kena catu ni. Tapi aku kena letak banyak sebab sepanjang hari tiada orang dirumah..semua keje...

Leo dengan kayu saktinya.
"aku nak gemuk, aku nak gemuk..aku nak jadi macam uwan...." Aku dengar Leo berdoa macam tu. Eeeeewwww.... 

LEO MARI KITA DIET...!!!!!

7 ulasan:

Rosmawati Yusof berkata...

Hi, Kuya n Leo... mewah hidup kamu, yer..

hud aikara berkata...

aha..mewah makan..cuma dunia mereka kecik saja. dalam rumah saja. rumah flat susah nak kuar. agaknya takde apa nak buat tu yang asyik makan je tu...

aqish basir berkata...

tak boleh belah tshirt askar huhu,aah slim gila,tu gmbr dah bpe lame?

huhu,eh kucing awk bunting ke ek?

hud aikara berkata...

ahahaha..Cik Qish tu gambo askar tiruan masa belajar kat U dulu..hehehe dah lama dah..sekarang dah ghupe mcm epal tuh!(sungguh sedih)huhuhu....

Leo pulak nak nangis masa cik Qish ingat dia bunting..dia tu bunting lemak jer..dari kecik dah kena sunat..hahaha..

(tu lah Leo, uwan ajak diet tak mau..sekarang kita dah malu...huhuhu)

ery D cat berkata...

salam tuan tanah n leo...paling ske entry ni sbb leo berdoa nak gumuk hihihi..
apa2pun salam pkenalan bg pencinta kucen..sy bdk br belajar nak blog2 nih..:D

hud aikara berkata...

hehehe sampai sekarang leo duk berdoa lagi tu...huhuhu..

UniMeOw berkata...

ehehhh nm leo gak?
bby kte pon nm leo gak..hehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...