31.5.11

Cukupkah hanya denda dan penjara?

Aku baca Kosmo hari ini dan ada berita yang menarik perhatian aku;                    Pendera binatang didenda RM50,000.
Bila Akta Binatang 1953 dibuat pindaan semula, pendera haiwan akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sebab buat masa sekarang jumlah denda sesiapa yang mendera haiwan cuma RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Mmmm...sekurang-kurangnya ada juga sedikit kesedaran kita tentang makhluk-makhluk selain manusia yang perlu dilindungi. Tetapi berkenaan diri si pendera, aku beranggapan ia melibatkan perlakuan psikologi atau minda yang kurang normal. Jika orang biasa, mereka buat tak peduli saja atau setakat sepak, baling kayu atau jerit untuk menghalau haiwan yang mereka tidak sukai jauh-jauh.

Tapi si pendera pula tidak begitu. Mereka 'enjoy' jika makhluk itu menderita sampai mati. Ini bukan situasi yang normal lebih-lebih lagi jika si pelaku adalah remaja atau kanak-kanak. Bila seseorang kanak-kanak menikam seekor kucing berkali-kali sampai mati dengan sengaja itu bukanlah kenakalan yang biasa tetapi kanak-kanak itu perlu diberi perhatian serius.

Latar belakang pembunuh-pembunuh bersiri yang pernah mengemparkan dunia misalnya ada yang telah menunjukkan sikap mendera haiwan ketika mereka masih kecil. Deraan seperti menyembelih kucing atau anjing dan kemudian disimpan dalam almari, memotong kaki tangan haiwan secara hidup-hidup atau pun menyembelih kucing secara perlahan-lahan sebab seronok melihat sesuatu yang hidup menemui maut akan berkembang pula ke atas manusia bila mereka dewasa.

Ini bererti pendera mempunyai kelainan jiwa yang tidak disedari dan jika tidak perhatikan secara serius ia mungkin membawa kesan buruk.  Misalnya mereka boleh terlibat dengan jenayah yang lebih berat atau mempunyai sikap kendiri yang lebih buruk. Jika pendera haiwan ini hidup dalam lingkungan kita, aku yakin walaupun ada diantara mereka perlakuannya tidak sampai ke tahap mengancam nyawa manusia tetapi jiwa mereka gelap dan kasar. Ini akan terserlah bila mereka berinteraksi dengan orang sekeliling.

Pendapat aku, sang pendera perlukan perhatian ke atas psikologi mereka, bukan setakat denda dan penjara. Selain denda ke atas kesalahan yang dilakukan, kita juga perlu tahu punca mereka melakukannya. Jika menurut mereka kerana 'suka-suka'....

Itulah yang paling merbahaya.

Mereka perlukan bantuan.

Leo: takotttnyerr uwannn...
uwan: tulah leo..jangan merayau jauh-jauh..nanti kena culik..Leo kan gemokk boleh buat stok daging seminggu..hehehehe..

5 ulasan:

meowwmania berkata...

a'ah betul tu setuju sgt2...byk kali juga terbaca kisah pembunuh bersiri ni asalnya mereka suka mendera dan membunuh haiwan...

mintak jauh lah perkara macam tu berlaku pada org2 kat Malaysia nih

Rosmawati Yusof berkata...

Betul tu, diorang mmg ada masalah saiko.. makin insan kerdil tu menjerit2, makin diorang lagi buat... err..geramnyer...!!!!

Syigim berkata...

di dubai br2 ni ade sorang mamat ni tumbuk anjing smpai trcabut gigi sbb anjing ni menyalak n bising - denda 3,000 dirham je.....

hud aikara berkata...

insan, jika hilang sifat kasih sayang samalah macam robot yang programnya telah rosak!

NoRHaNa CorNER berkata...

kebanyakan segilintir manusia dah hilang kewarasan coz emosi&nafsu lebih menguasai diri...itu tanda2nya dah akhir zaman...

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...