14.5.11

kami ingin minta sikit aje kasih sayang...








Ini bukan anak-anak bulus aku tapi kepunyaan seorang wanita beranak dua yang aku panggil Kak Lela. Dia berjiwa pengasih terhadap haiwan walaupun hidupnya tak   mewah.    Cukup hidup sederhana tapi tak kisah berkongsi rezeki dengan makhluk-makhluk tuhan yang lain.


Walaupun hanya tinggal di flat yang sempit tapi Kak Lela tetap tak sampai hati melihat kucing minta sedekah di tepi-tepi jalan atau di kedai makan. Sekarang di rumahnya anak-anak bulusnya ramai jika nak dibanding dengan ruang flatnya yang terhad. Aku kagum sebab dia tak kisah pun setiap hari membersihkan tempat najis mereka walaupun penat balik dari kerja. Dia anggap semuanya macam anak dia. 

 Kak Lela tak pernah menganggap mereka satu beban tapi sebaliknya dia merasa bahagia dengan keletah anak-anak bulus yang rupanya tahu mengenang budi walaupun mereka hanya kucing-kucing terbuang yang tak diinginkan sesiapa. Mereka tidak membuang merata-rata, pandai bawa diri dan kelihatannya tahu kesusahan yang dialami 'mama' angkat mereka itu.




Aku pernah tidur di rumah Kak Lela dan kelakarnya kucingnya yang bernama Benny tak mengizinkan aku tidur. Dia ingin aku bermain dengannya. Aku tidur dengan menutup muka tapi Benny jadi panasaran lalu cuba merungkaikan tangan aku.  Akhirnya Benny letih dan tertidur di atas dadaku. Memang budak nakal.



Kucing-kucing Kak Lela tak pernah mengganggu jiran apatah lagi merayau merata-rata. mereka hanya berada dirumah memandangkan tinggal di flat tidak memungkinkan kebebasan yang mutlak. Tapi lebih baik begitu dari disepak terajang atau kelaparan di jalanan.


Buat Kak Lela teruskan usahamu itu. Orang yang tak memahami mungkin merasa kucing-kucing yang ramai itu menyusahkan, tak ada faedah, busuk, atau menjengkelkan, tapi orang macam kita cepat cair dengan makhluk tuhan itu. Paling aku tak tahan melihat renungan mata mereka dijalanan. Aku pernah disentuh dengan sangat sopan oleh seekor kucing jalanan yang mengemis di kedai makan. Kucing itu tidak berbunyi lansung. Tidak meminta-minta. Tapi tiba-tiba aku merasa ada benda menyentuh pehaku. Bila aku tunduk ke bawah meja, aku nampak seekor kucing yang sangat belas memandangku seperti berkata; "cik, ada tak sikit lebihan makanan...saya sangat lapar.." Dia menyentuh aku dengan lembut supaya aku sedar dia wujud. Aku tak pernah nampak kucing sopan serupa itu. Lalu aku beri dia ikan.


Mungkin orang fikir aku ni mengarut. Terbawa dengan perasan. Tapi sungguh, bila aku renung mata haiwan-haiwan seperti anjing atau kucing, aku merasa cukup kasihan. 
Ok. Mungkin orang kata ; "kau tak ada kerja lain ke? ramai lagi manusia yang lebih menderita yang perlukan pertolongan tahu!"


Ini jawapan aku; " aku tolong orang semampu aku, malah kalau nak diikutkan berapa banyak program, badan kebajikan, usaha-usaha kerajaan dan persendirian yang berusaha membantu masyarakat. Apa salahnya kalau aku kasihankan makhluk tuhan selain manusia? Adakah mereka tidak berhak hidup bahagia di dunia ini? Hanya kerana mereka haiwan? Tak berperasaan? Tak berakal? 

Walaupun aku bukan kategori pencinta haiwan yang menyumbang banyak dari segi material tapi aku sentiasa doakan mereka yang bergiat aktif dalam menyelamatkan haiwan-haiwan teraniaya diseluruh dunia sihat sejahtera dan tabah selalu.



Jika kita menyayangi haiwan perliharaan seperti ahli keluarga  kita akan mendapati setiap seekor dari mereka mempunyai karekter yang berbeza. Setiap dari mereka adalah unik. Mereka dapat meredakan tekanan dan menenangkan si pemilik. Latihlah haiwan perliharaan dengan sabar sebab haiwan seperti kucing dapat menyerap latihan dengan baik. 

Perkara asas yang penting ialah latihan ke tempat membuang najis dan latihan mengasah kuku di tempat khas supaya ia tidak menggaru kukunya di merata perabot. Percayalah kalau kita rajin dan sabar kucing memang faham.


*Menjaga seperti ahli keluarga bererti memberi makanan yang baik bukan sisa sampah rumah, menjaga kesihatan - maknanya kalau sakit berusaha mengubatinya, bermain dan melayan haiwan dengan kasih sayang.


* Haiwan-haiwan teraniaya bukan saja melibatkan kucing dan anjing tapi juga haiwan seperti penyu, gorila , harimau, burung dll (yang terancam dengan kepupusan), juga haiwan ternakkan yang disembelih secara kejam. Misalnya lembu tidak disembelih seperti sepatutnya tapi dihiris dagingnya hidup-hidup dalam keadaan tergantung. Bayangkanlah azabnya lembu itu menemui ajalnya. Sebab itu dalam Agama Islam cara penyembelihan  binatang ternakan ada peraturannya supaya haiwan itu tidak menderita.

* Jangan biarkan haiwan perliharaan merayau dikawasan kejiranan hingga menimbulkan kekecohan sebab tidak semua orang suka kucing atau anjing. Ada yang yang memang tak suka lansung, ada yang mengalami alergi dan ada yang takut. Haiwan kita adalah tanggungjawab kita. 

Cuma kita tak dapatlah mengubah sikap sesetengah orang yang prejudis dengan anjing atau kucing ni. Bagi orang macam ni; kalau kucing tu semuanya pencuri dan pengotor. Kalau anjing pulak semuanya berbahaya dan sangat hina. Anak anjing tu pun kalau boleh nak dilanggar aje dengan kereta. Nak buat macamana kalau itu pandangan mereka. Tapi aku percaya ramai lagi orang yang baik diluar sana cuma mereka tak peduli saja. 


Buat mereka yang sedang menjaga haiwan-haiwan terbuang dan teraniaya, aku kagum dangan kesungguhan anda sebab aku cuma mampu bela dua ekor sahaja. Tapi aku simpan juga makanan kucing dalam beg, mana tahu jumpa kucing atau anjing jalanan yang kebulur, dapat juga mereka makan best sikit sekali-sekala....

p/s: hai Hud, entry luahan perasaan pulak kali ni...(^______^)



Leo: uwan, yo nak makan...

uwan: sadappppp yuuuu!!! uwan nak tido!

Kuya: ceh, tu tulis dalam blog kemain baikkkk lagi???

Leo: uwan? uwan??

uwan: kroihhhhhh..zzzzzz...

(keh keh keh...XD)

6 ulasan:

ery D cat berkata...

urm luahan perasaan nih hihi xpela..janji kt ada niat nak bg mereka ni belas kasih syg...yg mn kt mampu xleh tolong semua tlg seekor pun dah besar maknanyer..kalau seribu org tlg dah 1000 ekor kucing kan...

hud aikara berkata...

betul, betul...:)

meowwmania berkata...

setuju!

sgt kagum dgn org mcm Kak Lela, smoga Allah memberkati mereka, amin..

hud aikara berkata...

amin...tapi ya bila difikirkan kak Lela ni murah rezeki jugak bila bela kucing byk2 sbb ada aje bantuan dia terima dari mana-mana pihak untuk dia dan anak-anaknya.Walaupun gaji dia kecik tapi tak pernahlah keluarganya tak cukup makan sebab kucing...Ibu tunggal macam dia memang kuat semangat.

UniMeOw berkata...

huk3 cedih la baca n3 nie....
betol2,,klao pndang mata meow2 mmg seolah2 dyorg cakap ngn kta...

aku pon xmampu dari segi material,,,tp ak saaaannngggaaaatttt sayang kucing!!!!!

NoRHaNa CorNER berkata...

apa2 pun yg penting nawaitu kita..hanya Allah layak memberi ganjaran setiap perbuatan kita...kita buat apa yg termampu..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...