13.6.11

mak dah balik..huhuhu

Huhuhu sedihnya mak dah balik ke kampung semula....tiap-tiap tahun mak turun KL untuk rawatan Tiroidnya dan dapatlah aku bermanja dalam tiga empat hari. Semalam aku hantar mak aku ke airport..erkk..silap pulak..hehehe.. ke terminal bas bersepadu Tasik Selatan.

Wahhh cantik pulak tu...cuma banyak kedai belum bukalah...





 ni kat lobi...










tengok kat papan elektronik ni senang sikit dapat info bas mana yang dah sampai..hehehe rasa macam kat airport lak...









ini bilik-bilik lokar...tersusun tu...














Ini food stall TBS...nak makan kat sini bayar pakai kad. Senang jer, beli kad kat kaunter, beli harga RM10 atau RM20 ke..(kita kena agaklah berapa jumlah yang nak dibelanjakan di food stall tu), dan lepas guna kita boleh ambil balik balance di kaunter yang sama. Ada orang cakap cara macam ni menyusahkan tapi bagi aku senang..sebab aku boleh buat bajet dan tak payah susah payah buka dompet hulur duit.


Aku rasa bila TBS ni dah lengkap sepenuhnya dengan pelbagai kedai mesti lagi meriah. Nampaknya tiap-tiap tahunlah aku kena datang sini. Balik kampung naik bas dan bas ke selatan kebanyakkannya turun di stesen ini.



                                                     Leo: uwan jalan tak ajak kita...
uwan: buat apa ajak kamu..buang karan aje..pantang bunyi bising sikit dah takottt..dah pi sana main jauh-jauh!

Leo: ceh, combongnyer..nanti yo buang komik-komik uwan...

Uwan: oooo..baru aku tahu sape yang jatuhkan sume komik aku atas rak tu semalam...Leo..ko mari sini..!!!!

Leo: uwekkkkk!!!!

3 ulasan:

meowwmania berkata...

a'ah cantik kan...aritu pegi terjakon kejap hehe..

Rosmawati Yusof berkata...

Cantiknya.... LEO pun cantiknya...golek22

hud aikara berkata...

aha..cantik TBS tu..baru lah selesa sikit tunggu lama-lama..hehehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...