10.7.11

Bila dah bernasib baik....

LONDON - Seorang wanita terkejut apabila mendapati tiga gelas yang dibelinya pada satu jualan but kereta dengan harga 40 pence (RM1.92) satu gelas di Portsmouth berjaya dilelong pada harga £18,880 (RM90,779), lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dia membeli gelas itu, wanita tersebut membawanya ke sebuah firma lelongan di Chichester, Sussex Barat untuk mendapatkan pandangan pakar mengenai nilainya.
Wanita itu meminta maaf kepada beberapa kakitangan firma itu jika tindakannya membawa gelas murah tersebut akan merugikan masa mereka.
Namun, kakitangan itu mendapati, gelas itu bernilai tinggi kerana ia dihasilkan oleh pembuat gelas terkenal pada abad ke-18, William Beilby.
Ia dilelong oleh firma Stride and Son pada harga pada harga £18,880 termasuk yuran yang dibeli oleh seorang pembeli. - Agensi
Sumber: Kosmo Online

p/s: agak-agak berapa yek aku dapat kalau jual benda lama kat rumah aku tu ?

Kuya & Leo : (dalam hati) siapa yang nak beli, sah mata dia ada masalah! heh heh heh..

1 ulasan:

Rosmawati Yusof berkata...

Rezeki dia, kan Kuya...

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...