16.7.11

mahu jadi ibu paling gemuk di dunia!

Ibu gemuk peroleh AS$90,000 setahun
sumber: kosmo






NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu.
Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.
Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. - Agensi

p/s: ada juga perkara macam ni...????

4 ulasan:

Rosmawati Yusof berkata...

Tp muker dia cantik.. dan bergaya

NoRHaNa CorNER berkata...

mcm2 cr nk cari income

meowwmania berkata...

ishh pulakk...macam-macam

hud aikara berkata...

dia ni kalau kurus lagi cantik, tapikan kalau nak cari income mcm ni..bukan ke duit yg dpt tu kena byr pulak kos perubatan penyakit2 yg dia dpt akibat berlebihan berat yg melampau?..iks..tak paham..tak paham..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...