4.8.11

puasa oh puasa.

Dua tiga hari tak berblog jadi rindu pulak. Memang sibuk sangat kat office minggu ni. Office aku tu bila awal bulan dengan akhir bulan mesti sibuk punya. Apa lagi di bulan puasa ni, lepas berbuka tak ada masa nak buka PC.

Hehehe..inilah makanan berbuka pada hari pertama puasa. Ikan bakar, sayur sawi mentah, ayam percik dan roti segera. Air pulak air epal hijau yang tersangatlah hijaunya..

Ini masakan spaghetti sup bersama sambal belacan special buatan sendiri..hehehe..(pada puasa kedua)...kawan aku ada gak tanya;
 "ko tak makan nasik ke?"
"makan..tapi bukan benda penting bagi aku. Sebab kalau dah makan mee ke, roti ke, spaghetti ke..itukan dah kenyang, cukup bagi tenaga untuk tubuh."
Kawan aku jawab; " eee..kalau aku, makan benda apa pun, tapi mesti kena ada nasi..peliklah tak makan nasi sehari.."

Tak kisahlah. Memang ada orang yang mesti cari nasi biar pun dah makan menu lain. Mungkin dah biasa. Aku pulak memang spesis yang suka makan tapi tak kisah kalau tak jumpa nasi sebab ada lagi benda yang lebih best. hehehe...

 Leo: "Uwan...bila kita nak berbuka?...dah azan lum...?"

Uwan: "bila lak ko puasa ni? tadi bukan ke Yo baru lepas makan ngan Kuya?"

Leo:"..ala...itu orang hidu jer.."

Uwan: "banyaklah ko punya hidu..."
(muka kucing puasa..hehehe)




Hah, nilah gayanya lepas berbuka..sampai aku pun conpius sebab diorang ni beria-ria makan..lepas tu bukan main lepak..macam puasalah sangat!

Leo & Kuya: hehehehe..SELAMAT POCE SUME...

p/s: tengah sedap-sedap makan teringat pulak orang-orang yang tak dapat makan kerana kebuluran, kemiskinan dan bencana. Lepas tu teringat pulak pada anak-anak bulus kat kedai-kedai makan...diorang sape agaknya yang nak bagi makan bulan puasa ni? kedai tutup, kalau hari biasa dapatlah jugak makan sisa-sisa orang beri...agaknya diorang kena puasa juga...:(

4 ulasan:

Cat-from-Sydney berkata...

ish ish ish...ada ke patut tayang hidangan berbuka tu? Kesian Leo....dia pun puasalah tu. Yelah, baguslah Uwannya teringat kat orang-orang dan anak-anak bulus yang kebuluran. Semoga tiada pembaziran ye? purrrr *giggles*

Rosmawati Yusof berkata...

Kuya ngan Leo rajin2 poce tau, nanti pow kat uwan duit raya byk2, k

hud aikara berkata...

cik cat: oh jangan risau..saya bulan pose ni memang jimat..sbb dah tak kuar mkn kat luar, tak beli kuih berplastik-plastik, cuma beli stok berbuka untuk sebulan.Dah bajet dah awal-awal..hehehe...

Kak Rosmawati: dah bajet duit raya untuk dua anak bulus tu...duit buat beli makanan special sikit sempena raya...ngeh ngeh ngeh..

Kuya: jangan caya..uwan tipu je...

NoRHaNa CorNER berkata...

bagus ta ko tak cerewet makan...best tu ikan bakar...hari ni menu apa plak

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...