7.9.11

Aniaya binatang: NGO sokong hukuman lebih berat

Utusan Malaysia Online - Terkini

07/09/2011 3:39pm
KUALA LUMPUR 7 Sept – Jawatankuasa Penyelaras NGO Menjaga Kebajikan Haiwan menyambut baik langkah untuk meminda Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pihak yang menganiaya binatang.
Penasihatnya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan penganiayaan dan kekejaman terhadap binatang sudah berterusan sejak sekian lama.
Di bawah cadangan pindaan itu seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar semalam, mereka yang menganiaya binatang boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam laporan media Ahad lalu, kira-kira 300 ekor kucing dilapor diselamat oleh orang ramai daripada penganiayaan seorang pemilik pusat jagaan haiwan di Damansara dan Sungai Buloh.
Lam Thye dalam satu kenyataan hari ini meminta agar cadangan pindaan akta itu dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.
Persatuan Menolong Haiwan Sarawak (SSPCA) turut menyambut baik langkah lebih ketat untuk membendung penganiayaan terhadap binatang.
Presidennya Dona Wee berkata, persatuan itu telah mengemukakan sokongan terhadap cadangan pindaan akta itu pada Mei lalu. – Bernama

p/s: semoga nasib haiwan-haiwan di negara ini lebih terjamin...amin..

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...