4.9.11

dah jejak KL balik..huhuhu...





Kuya:  "Manalah..uwan ni..tak balik-balik lagi ni..."





Leo: "uwan tak cayang ite agi Uya..sob..sob..."








Hehehe..selama empat hari budak berdua ni ditinggalkan jaga rumah bersama berkoyan-koyan makanan dan air. Risau takut tak cukup makan pulak. Bila balik....mak kau! diorang buat party rupanya....habis ruang tamu berselerak macam kapal pecah!

Apa lagi kene bebellah..tapi kemain seronok diorang tengok kami balik. Rindu gamaknya.. Balik kampung melalui perjalanan bas yang panjang..letih betul..
tapi raya bersama semua ahli keluarga lebih bermakna bila dapat berkumpul bersama-sama.





Inilah hidangan tradisi di rumah nenek aku..




hihihi..kuih tunjuk-tunjuk...
 Ini ketupat istimewa nenek aku. Kalau kat rumah nenek, ketupat yang nenek buat ketupat pulut bersantan tapi berbalut daun kelapa. Rasanya seperti makan isi lemang cuma ia lebih lembut dan tak keras. Kalau buat 200 biji dalam dua hari dah pasti licin. Biasanya kami akan makan dengan rendang daging atau gulai ayam.




Ni saja letak..hehehe...agar-agar laici buatan adik aku yang julung-julung kalinya dibuat pada hari raya...
 Hah, ini yang paling aku suka...ikan bakar...nenek aku siap suruh bakar sebesen kecil ikan dan apa lagi..adik aku terus buat air asam. Huhhh..hari raya makan ikan bakar dengan air asam! Nikmat!



Serunding ikan buatan nenek. Boleh makan dengan ketupat!
Inilah dia umbut kelapa...kami ratah jer..boleh cicah ngan air asam..

p/s: ketika menulis entry ini masih kedengaran dentuman mercun di blok aku. Meriah betul. tapi yang tak bestnya..esok KENE KERJA! huwaaaaa...

Kuya & Leo: hahaha..padan uke uwan...tinggal agi orang...

4 ulasan:

NoRHaNa CorNER berkata...

waahh bestnyer menu..sian leo n kuya kene tggl

meowwmania berkata...

hehe...kecian dorang kena tinggal tp rasanya lebih senang hati tggl mereka di rmh drpd tggl dgn org yg tak dikenali

tertelan air liur tgk makanan yg lazat2 tuh gulp!

Juz Call Me Sharz berkata...

lebih baik biar dorg duduk dlm rumah wlupon dorang sepahkan rumah daripada hantar kat mana2 pastu bile balik kurus kedengking.... kan kan??? =)))

hud aikara berkata...

hehehe..memang rasa selesa kalau biar diorang duk di rumah sendiri sbb takut kalau hantar ke tempat lain mereka jadi stress. konpem jadi kurus punya..rumah jadi sepah sbb diorang suka main kejar-kejar, pastu langgar sana-sini..pastu golek-golek dlm bekas pasir extra...maklumlah tuan takde bersuka rialah..

Kuya: bukan Uya buat..Leo yang buat..

Leo: byk cantik! ko yang buat!

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...