12.9.11

Ye, ye! Fantaghiro dah kembali!

Ingat tak cerita siri Itali yang popular tak lama dulu? Hah, siri favorite aku nih dah keluar balik di TV9 semalam! Bukan main seronok pulak sebab aku masih teringat jalan cerita dan kecekalan puteri Fantaghiro yang unik tu. Fantaghiro ni puteri ketiga yang hampir dikorbankan di gua Golden Rose oleh ayahndanya sendiri sebab kecewa dengan kematian permaisuri yang baru melahirkan Fantaghiro. Namun Fantaghiro membesar dengan perangai lasak dan bijak seperti lelaki. Sampai Raja pening kepala! Ini yang nak cari dalam internet ni...malas nak tunggu minggu depan pulak..hehehehe....

 Inilah Puteri Fantaghiro yang cantik , bijak dan kuat seperti lelaki(lakonan Alessandra Martines).

Ini pulak heronya...Romualdo yang hensemmmm...(lakonan Kim Rossi Stuart) Pernah berlawan dengan Fantaghiro yang ketika itu menyamar sebagai lelaki.

Dalam banyak-banyak penjahat dan musuh yang paling glamer...Mr Tarabas..ramai orang suka dia ni..(lakonan Nicholas Rogers). Tarabas ni kalau tak silap nanti akan jatuh cinta dengan Fantaghiro. Dia akhirnya jadi baik...:)
Hehehehe..kalau nak tengok cerita ni layan le TV9 setiap hari Ahad. Tak pun cari jer videonya kat internet.
Kuya: uwan dah mulalah tu..berangan...
gambar-gambar: mr google




1 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Oh Tarabas.. si penjahat yg ensem..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...