3.10.11

lepak-lepak kat zoo...


Sudah lama aku tidak melawat Zoo Negara. Zoo Negara tetap sama macam tahun-tahun sebelumnya. Cuma harganya yang makin naik. Tapi aku tak berkira sangat sebab aku tahu bukan murah kos makanan haiwan-haiwan di zoo tu. Tiket masuk terkini RM20.00 untuk dewasa. Kalau nak masuk tempat serangga dan rama-rama boleh tambah lagi RM5.00. Kebetulan cuaca mendung ketika aku dan kawan lepak kat situ. 


Seronoklah sikit sebab tak perlu berpanas. Sebenarnya jarak rumah aku dengan zoo ni cuma 15 minit naik bas saja. Tak jauh pun. Kalau dari tempat kerja aku boleh jalan kaki je...hehehehe...

 Ponny yang comel....

 Ini penguin yang ada kat situ...






Ini cik gajah yang suka layan orang..dah kenyang pun masih terima pemberian orang. Rezeki jangan ditolak! hehehehe.....












Rakun ni paling comel...hahaha..siap hulur-hulur tangan mintak jajan orang...tak malu ler awak!









Sarang lebah yang telah diawet....





cenderamata monyet yang halus buatannya...tapi idok ler teman beli..yalah patung macam ni tak elok pulak hias dalam rumah...sebagai ganti aku beli keychain jer..(shopping kat zoo macam aku tak pernah jejak zoo! padahal 'belakang umah' jer..hahaha)





orang utan sedang minum....dahaga sangat tu...aku rasa dia ni dah pangkat nenek dah..nampak tua sangat..!

abang singa sedang berehat...malas sungguh!







ya habibi...ente makan rumput ka?















hai tayang montot pulak cik sumbu nih!









Ini flaminggo..tapi maklumlah pakai hanset jadi imej tak clear sangat....






KUYA:   SO...?  
DAH PUAS UWAN MENUNJUK - MENUNJUK???







Kamu dengki ke uwan tak mahu bawak jalan? Tak payahlah...duduk diam-diam kat umah...hehehehe...

p/s: Kebanyakkan rakan aku boring nak pergi zoo. Sama saja kata mereka. Tapi bagi aku bukan sebab suasana zoo yang aku nak tengok tapi aku suka tengok haiwan. Kalau zoo tu free agaknya hari-hari aku lepak situ. Tapi tak mungkinlah dapat free sebab binatang dalam tu bukan isi perut dengan angin. Cuma ada juga yang tak faham ada sesetengah haiwan tak aktif waktu siang tapi bersemangat di waktu malam. Sebab tu asyik tidur saja. Lagi satu zoo kita tu bukan berduit macam zoo Singapura jadi tak perlulah dibandingkan sangat. Kalau kita nak zoo kita ceria dan lebih cantik silalah beri sumbangan kat mereka...ye tak?...(^__^)v

4 ulasan:

Rosmawati Yusof berkata...

Tul tu Uwan. Klw kata S'pore ker, negara maner ker cantik best, pegilah dok sana....
Dah dok sana, baru tahu best ker, tak best...

hud aikara berkata...

hehehe..betul! betul!

meowwmania berkata...

yeay!! kite pong suka g zoo hikhik

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

dah lame x g zoo negara.. paling last mase rombongan sekolah rendah kut :)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...