10.10.11

personal taste


Siapa dah nengok drama ni? angkat kaki..hehehehe...
Personal Taste atau Personal Preference merupakan drama adaptasi dari novel 2007 "Gaeinui Chwihyang" oleh Lee Sae In.

Ceritanya ringkas tapi seronok untuk ditonton. Ia mengisahkan Jeon Jin Ho (lakonan Lee Min Ho, ala...pelakon F4 korea tu..) berpura-pura menjadi gay walaupun asalnya tidak terniat begitu. Ini semua disebabkan dia ingin melihat rekaan rumah Profesor Park yang dibina indah iaitu 'Sanggujae'yang secara tidak lansung memberi inspirasi untuk rekaan bangunan dalam satu pertandingan. Rumah yang tidak dibenarkan untuk tontonan umum itu didiami oleh anak profesor tersebut Gae In (lakonan So Ye Jin) yang sejak awal-awal lagi sudah 'berperang mulut' dengan Jin Ho.

Park Gae In asalnya tidak mahu Jin Ho menyewa bilik dirumahnya tetapi dia telah tersalah sangka lelaki itu sebagai gay. Tambahan lagi dia sendiri mengalami masalah kewangan angkara rakannya sendiri.


Pada mulanya mereka memang tak sebulu langsung. Asyik bergaduh saja. Personaliti Gae In yang terlalu mengambil berat diri orang lain tetapi mengabaikan diri sendiri amat menjengkelkan Jin Ho. Tetapi lama-kelamaan Jin Ho dan Gae In menjadi kawan rapat. Kerana menyangka Jin Ho gay, Gaen In tidak meletakkan apa-apa batasan antara mereka. Dia menonjolkan dirinya seperti berhadapan dengan rakan perempuan. Kelucuan terjadi bila Jin Ho terpaksa berdepan dengan sesuatu yang tak pernah dialaminya. Contohnya pergi membeli tuala wanita untuk Gae In. hehehe...

Kekecewaan akibat ditinggalkan teman lelakinya Chang-Ryul dan pengkhianatan teman baiknya sendiri In-Hee, membuatkan Gae In memujuk Jin Ho mengajarnya menjadi wanita sejati yang diidamkan lelaki. Namun 'kursus cinta' itu kemudian menjerat hati Jin Ho. Rasa amat perit bila dia mula jatuh cinta sedangkan selama ini dia hanya menyintai pekerjaannya. Hatinya lebih terseksa bila tidak dapat menjelaskan kepada Gae In yang dia lelaki sejati dan bukan gay. Dalam masa yang sama Chang-Ryul yang telah berpisah dengan In-Hee mula mengejar Gae In kembali. Lalu Gae In menetapkan misi untuk membalas dendam.

Bolehkah Gae In yang berhati lembut itu menyempurnakan dendamnya? Sampaikah hatinya melukakan hati lelaki yang pernah dicintainya? Apa perasaan Gae In bila mendapati Jin Ho mempunyai agenda sebelum menyewa di 'Sanggujae' sedangkan dirinya sudah mula menyintai Jin Ho?

Gae In: (dalam keadaan sebak)
             aku...akan percaya kamu..
             biarpun kamu ingin pergunakan aku lagi..
             aku tetap percayakan kamu.
             walaupun aku lembab tapi itulah kelebihan Park Gae In.
             biar pun kamu pergunakan aku atau melukai hatiku sekali lagi...
             aku tetap akan percayakan kamu.
             sebab aku tak mahu berpisah dengan kamu  begitu saja.. 


 Adegan ini ialah antara babak akhir bila Jin Ho jatuh sakit kerana merindui Gae In. Ketika ini Gae In telah sedar betapa ikhlas lelaki itu menyintainya kerana sejak bertemu Park Gae In, Jeon Jin Ho bukan orang yang sama lagi. Dia Jin Ho, lelaki yang sangat menyintai Gae In wanita naif yang lembut hati dan pentingkan orang lain dari dirinya sendiri. Huhuhu...tersentuh hatiku...

Kuya: huh, tak abis-abis berangan uwan tu!


Uwan: Ko diam!

2 ulasan:

meowwmania berkata...

kite..kite! o/ *sambil angkat tangan tinggi tinggi

hud aikara berkata...

best kan citer ni..tambah lagi Ming Ho tu hensemmmmm! hehehe

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...