7.12.11

rezeki di hari Rabu yang tenang.

Lepas lunch tadi tiba-tiba nampak si bulu ni tidur lesu..biasanya kalau kucing jalanan tidur macam tu tandanya mereka sebenarnya keletihan sebab lapar. Aku kejutkan dia bagi piskis. Terus dia melompat bangun dan makan dengan rakus. Puas hati rasanya tengok dia makan. Makan, makan...jangan segan-segan tau! \(^___^)/

Yang ni pulak mintak makan dengan kuatnya. Terkejut gak aku yang sedang enak menghirup mee sup panas. Dia ni pun sama, makan dengan gelojoh ketika aku suakan piskis. Takut-takut pun ada. Mungkin dia selalu kena sepak dengan orang. Kesian...Lepas makan dia lepak kat tepi kerusi aku, lepas tu asyik pandang je aku. Nak kata tak cukup, dia dah kenyang sebab piskis masih bersisa. Jangan-jangan nak ajak aku berborak kot? hahaha...tak pe esok kita jumpa lagi yek!

KALAU YANG NI PULAK TERLEBIH MAKAN DAN TERLEBIH MENGADA!

Amboiiii..kemain korang yek...tidooo??? pinggan mangkuk tak berbasuh, baju tak bersidai, rumah tak berkemas...sedap pulak korang tido yek~!

Leo: ala....orang tido jap je...Kuya tu tak bangun-bangun lagi..pengsan kot...

Uwan: Kuya tido pesen apa tu? masuk bawah bantal segala? nak mati lemas?

Kuya: (mengumam bawah bantal) silaulah uwan...

Uwan: dah, bangun! pergi mop lantai pulak!

Leo & Kuya: baikkk...uwan...

Uwan: keh keh keh...

5 ulasan:

meowwmania berkata...

bebudak tu lain spesel kes hihihih...


kalau nak bantu semua stray kat luar sana mmg tak mampu tp bila dpt bg makan tu sekurangnya lega lah sikit kan ;)

Naz berkata...

kemain tidor atas katil..

Rosmawati Yusof berkata...

Kucing itam tu cakap, "boleh ker kita bertemu lg lepas ni...."

Mama Tatami berkata...

tima kacih dan esok kita jumpa lagi sebenarnyer ucapan si itam comel nak kata.

yang kat atas katil tu= yang teristimewa:)

ery D cat berkata...

alhamdulillah...sekurang2nyer kt dpt beri mereka makan yg sedap2 xdelah asyik mkn sisa2 org je...si hitam tu pndang lama2 bukan apa...dia tgk kamu yg sudi beri makan dan layan dia...mgkin cara dia ucap terima kasih lain kan...good job yer kwn...moga2 mereka dpt sedikit ksh syg dr kt yg xseberapa nih..:)

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...