11.1.12

Drama NYPD Blue Vs. CSI kat rumah aku.

Inilah dia kes yang berlaku dekat rumah aku. Bila aku balik dari kerja orang dah ramai berkerumun dekat jalan sebelah flat. Mula ingatkan kes kemalangan tapi kemudian aku terlihat lubang kesan tembakan di cermin kereta dan sekumpulan forensik. Rupanya kejadian tu dah berlansung sejak pukul 2 petang ke atas.

Dua penjenayah terbunuh
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
sumber utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Dua penjenayah yang cedera selepas berbalas tembak dengan polis, ditemui mati apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini hari ini.

Kereta Proton Putra dinaiki penjenayah itu ditemui pukul 4 petang, lebih sejam selepas mereka melarikan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis, berhampiran pasar raya Carrefour Wangsa Maju pada pukul 2.50 petang.

Sepasukan anggota peronda polis sebelum itu terserempak dengan kenderaan dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di Wangsa Maju sebelum menghampiri dan mengarahkan kenderaan itu berhenti.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu memecut kenderaannya ke arah pasar raya berkenaan.

Sebaik sahaja tiba di cawangan Maybank Wangsa Maju, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta peronda polis yang mengejar mereka dan memaksa polis membalas tembakan tersebut namun mereka berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kenderaan penjenayah itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Vios dipandu seorang wanita hamil berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati.

Menurut Chin Wah, mayat seorang lelaki ditemui di tempat duduk pemandu manakala rakannya pula ditemui mati di tempat duduk belakang dengan kesan tembakan.

“Pemeriksaan ke atas sekeping kad pengenalan yang ditemui dalam kereta itu, pemiliknya yang berusia 45 tahun memiliki 12 rekod jenayah berkaitan kes samun kereta mewah dan merompak bank.

“Pemilik identiti tersebut turut dikehendaki berhubung lima kes jenayah di ibu negara dan Kelantan. Polis turut menemui sebilah pisau kecil dalam kenderaan dinaiki suspek,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat saksi, terdapat seorang lagi lelaki di dalam kereta tersebut sempat melarikan diri selepas kemalangan bersama senjata api yang digunakan dalam kejadian berbalas tembak dengan polis.

“Wanita hamil itu tidak cedera dan membuat laporan polis di balai berhampiran. Kita sedang menjalankan siasatan termasuk mengesan rakan suspek yang melarikan diri,” kata beliau.

Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang saksi yang juga wartawan akhbar Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin berkata, dia ternampak sebuah kereta dikejar kenderaan polis sebelum terdengar beberapa das tembakan.

“Ketika itu, saya sedang memandu kereta untuk membuat pusingan U. Tiba-tiba, saya nampak kereta polis mengejar sebuah kereta Putra putih 50 meter di hadapan kereta saya dan berlaku insiden berbalas tembakan,” katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.



Kuya: perompak????...ala...tak takott ponnn

Uwan: cakap besar si kurus ni, dengar bunyi lori pon dah takut!

Leo: hik hik hik!

5 ulasan:

ery D cat berkata...

dekat kt rupenyer ekk...:P

Mama Tatami berkata...

menakotkan...semoga kita semua selamat hendaknya dari jd mangsa. Hati2 yer kuya

UniMeOw berkata...

ooo ni la kesnya,,,takut kan hud..

huhu..

hud aikara berkata...

aha...sekarang macam2 kes jenayah..kita dah macam tak selamat dah..:(

NoRHaNa CorNER berkata...

apa2 pun hati2..kene tgk2 sekeliling

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...