20.1.12

Kami Tak Mahu Duit, Kami Nak Sikit Saja Makanan Buat Alas Perut.

Semalam ketika makan tengahari bersama kawan aku terlihat si bulu putih ni duduk sopan di bahagian tepi bawah satu meja yang dikelilingi satu keluarga. Masa tu kedai makan memang penuh dengan pelanggan.
Si bulu ni aku tengok mendongak penuh harapan menunggu-nunggu kalau-kalau sudi dibalingkan sedikit makanan.

Lama juga dia duduk tercongok dengan kepala merenung muka orang yang sedang makan tu. Aku tak boleh tahan. Tak sampai hati. Aku panggil dia. Dia menoleh saja terus aku tunjuk piskis yang aku selalu bawak dalam botol coca cola. Mungkin baunya kuat dia terus datang. Memang kebulur tahap maksimum. Tiga kali aku tuang kat lantai, semua licin.

Yang ini pulak datang tiba-tiba. Dia sentuh peha kawan aku. Senyap tak berbunyi. Tapi matanya memang meminta-minta. Piskis aku dah kehabisan. Dia nak joint si bulu putih tu mungkin dia takut. Jadi aku bagilah daging ayam yang aku makan. Aku suka ambil ayam bahagian dada. Memang banyak isilah. Lapar punya pasal separuh ayam tu dia yang makan.  Ketika aku dan kawan berangkat nak balik ke pejabat, aku nampak si bulu putih dan triwarna tu berbaring...puas hati tengok mereka kenyang..bekas diorang makan tu aku kemas-kemas sikit, tak mahulah mengotorkan kedai orang pulak. Lepas tu aku dan kawan terus keluar.

:
:
:
:
:
:
:
v
Ini pulak kes muntah lagi. Dalam satu malam tiga kali dia muntah. Aku terus bawa ke Vet. Doktor kata mungkin dia muntah sebab ada hairball tersekat (aku baru teringat yang Leo baru lepas mandi - mungkin terlampau menjilat bulu dia jadi begitu). Doktor beri makan pil (untuk baikpulih perutnya)dan suruh dia puasa selama lapan jam.

Pagi tadi nampak dia dah ok sikit. Aku bagi dia wet food. Bukan main dia suka.

 Harap bila uwan balik nanti Leo tak sakit lagi...

7 ulasan:

ery D cat berkata...

slunya berbuat baik akan dpt berita baik jg..percyalah dia akan sihat nanti..dh selera makan tu..:)

meowwmania berkata...

senang hati bila dpt bg bebudak jalanan tu makan kan :))


ala cian Leo....cpt baik yer cayang

Ikah berkata...

dah lama xmkn kat luar, tp fenomena camni biasa kan..cian si comel yg belum terbela...moga lagi ramai cats lover yg baik ati camni..

Mama Tatami berkata...

cepat sembuh leo tomel2...cian ngan leo...

Happy jer sibulus berdua tu dah kenyang. harap lebih ramai lagi mereka yang baik ati mcm uwan

Muhammad Burn berkata...

sy suka kucing. tp geram bila kucing tu memilih. mintak makanan... tp bila bg, xmau mkn. mmg geram btl... dan mmg sikap sy, x beri pd kucing yg over mengiau. sampai panjat2. kalau kucing tu tengok je, mengiau sikit2, mmg sy x sampai ati... sanggup sy belikan lauk seekor ikan...

tachi n poncho berkata...

tiga ari lalu poncho pun muntah gak...dua kali lak tu...isk isk isk...musim muntah2 kot skg ni...hikhikhik. Semoga kucen2 semua kembali sihat

UniMeOw berkata...

xsmp ati tgk kucg lapar kt kdai mkn...huhu

kta mn sedap2,,tp masih ada yg kelaparan..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...