29.3.12

misteri Leo.

Kemain....kalau pasal cari kutu memang Leo nombor satu! Suka sangat dia bila kena belek-belek tu...


Tapi semalam ada benda pelik berlaku...Balik dari kerja biasanya Leo dan Sakura akan sambut aku di pintu. Tapi anehnya kelibat Leo tak kelihatan. Puas aku cari dia. Biasanya kalau panggil nama, laju je dia datang..aku dah berdebar dah. Takut dia jatuh kat lubang jeriji tingkap dapur yang memang tak berdaun tingkap tu. Dia tak pernah nakal-nakal nak panjat ke situ tapi manalah tahu ternampak cicak ke...
Semua tempat aku cari termasuklah di tempat-tempat tak masuk akal. Dada dah sebak dah.

Entah macamana aku tergerak nak selak area 'toilet' kucing yang bertutup langsir biru bawah sinki, dan aku jumpa dia duduk meromok ketakutan di situ. Masa pegang dia, air mata aku dah laju mengalir. Aku tak tahu dia takut apa. Sebab mata dia bulat melilau macam ada benda di siling rumah. Tapi Sakura tak ada pulak menunjukkan perangai pelik. Biasa je si Kuya tu mulut dia riuh.

Sampai pagi ni Leo masih kelihatan takut-takut...berjalan pun macam berhati-hati macam ada orang mengekor dia pulak. Tapi masih tetap hantar aku pergi kerja sampai ke pintu..

oiii Leo...risaunya uwan ni...

11 ulasan:

Naz berkata...

sangat misteri..cian Leo..

*Vivilicious* berkata...

dah cek rumah betol2? mgkn ada binatang yg mengancam die kot..berhati2 ok. saya percaya instinc binatang. sbb slalu terselamat dr haiwan berbisa kerana kucing yg pandai bagi alert.

Rosmawati Yusof berkata...

Cuba2lah baca selawat dan hembus ketelinga serta usap muker serta kepala dia. Takder apa2, selawat tu mmg baik utk diamalkan...

hud aikara berkata...

...nanti saya cuba buat apa yg kawan-kawan sarankan..nak kata dia sakit, dia makan mcm biasa, main pun aktif, bila tekan2 badan dia takde pulak dia sakit...itulah takut dia buang tebiat aje...tak sanggup nak kehilangannya..

nur anis berkata...

alaaa..kenapa leo tu..kesiannya dia..

ctpayong berkata...

dia terkezut tu...tapi terkezutkan ape ea....misteri!

UniMeOw berkata...

ish,,mmg misteri,,

kalo dy npk bnda pelik2,,spatutnya kuya pn akn nmpk gak..

huhu leoooo..npe ngn kmu,,jgn wt km sume isau plzzz...Y_Y

tachi n poncho berkata...

bawa g doktor ok ke...(logik ke cdgn aku ni,...cam salah je)

meowwmania berkata...

apa agaknya yg Leo takutkan tu yer...sian dia

Brad berkata...

Leo is very cute and colorful.

Irfa berkata...

itu yg tak nak bela apa2.kalau jadi apa2 nanti mesti sedih .harap dia tak apa2 ye

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...