17.4.12

SI KEMBAR ABANG MADAN

Sebenarnya aku tak ingatlah sejak bila si comel ni datang ke kawasan LRT ni. Tapi rupanya ada iras abang Madan. Baik pulak tu. Mesti dia pernah dibela orang.
Tiap-tiap petang aku mesti cari dia ni lepas balik kerja sebab dia selalu merayau di laluan setapak ke LRT.

Memang keraplah aku bagi dia makan dan ada juga budak-budak baik hati yang buat macam tu.  Bila tengok muka dia aku mesti teringat muka abang Madan (senior).
(gambar; tak sempat ambik muka dia).

Ada sekali tu aku panggil dia kononnya nak bagi piskis macam biasalah. Wah dia terus duduk tertib depan aku dengan takzimnya. Aku raba-raba beg. Alamak, botol piskis aku tertinggal di rumahlah. Dengan perasaan bersalah aku tepuk kepalanya minta maaf. Terpinga-pinga dia bila aku blah macam tu aje. Dia tak tahu betapa kesiannya aku tengok muka dia yang penuh pengharapan tu. Masa tu memang nak pergi kerja. Jadi tak sempat nak beli apa-apa dah. 

Nasib baik lepas balik kerja si 'abang Madan' ni masih ada kat situ. Terus aku beli seketul ayam di gerai tepi jalan, kononnya nak tebus balik lah...hehehe...


Tapi yang uniknya dia ni berekor cabang.
Tengok, ekornya bercabang!

Takpe abang Madan, nanti tunggu aku kat tempat biasa.
Kita jumpa. (^__^)

7 ulasan:

meowwmania berkata...

wahh untung lah abg madan dpt makan ayam seketul

len kali buat muka kesian lagi ekk hehe..

Mama Tatami berkata...

mekasih bagi kita mamam:-) kecian jer tgk kan? Sayuuuuuu pun ada.

UniMeOw berkata...

ha'a la...ekoq cabang!!!
1st tyme tgk kucg ekoq cmni..:o

Rosmawati Yusof berkata...

Betul Hud, setiap kali kak kim nampak kucing warna putih automatik terus teringat abg Madan, rasa semua kucing putih tu abg madan... terus berharap dan berdoa agar kami dipertemukan semula, aminnn....

hud aikara berkata...

memang dia ni saya dah panggil dia abang madan dah..kalau sehari tak tengok dia mulalah mata melilau cari..harap sangat abang madan sebenar dapat pulang kerumahnya satu hari nanti..entah apalah nasibnya sekarang...

ctpayong berkata...

abg madan setapak kata :

Terima kasih abg hud, jgn lupe date kita kat tempat biasa.

Hari ni pon kakCT tertinggal tuperware whiskas kat umah.

Irfa berkata...

hai :)
org kata sapa2 yang baik ngan kucing ni murah rezki.moga makin murah rezki awak yer

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...