26.4.12

Sijil 'PHD' kita.

PHD. Cukup-cukuplah tu dengan hasad dengki.

Orang lain bekejar nak dapat Doktor Falsafah tapi kita sibuk dengan sijil perasaan hasad dengki. Aku pun tak faham bila ada setengah orang yang cepat cemburu dengan kejayaan orang lain. Kalau nak iri atau cemburu pun biarlah ke arah yang positif. Ini tidak, mesti nak orang tu 'jatuh' biar dia aje yang 'naik'.

Dan kadang-kadang lagi tak faham bila orang yang dia meluat tu lansung tak kenal dia!

Hahaha.

Contoh yang selalu kita nampak; dengki dengan orang terkenal sama ada terkenal sebab belajar bijak, ahli sukan berjaya, penyanyi atau pelakon hebat, dan lain-lainlah. Pernah seorang kawan aku ungkapkan kata-kata ini untuk seorang artis wanita popular;

" aku nak tengok sangat dia ni jatuh".

Wow. Nak tengok dia jatuh? Sebab apa? Bukan dia warga Malaysia ke? anak bangsa sendiri? Apa kesalahan dia pada kau? Kau kenal dia ke?

Macam tu juga bila ada orang yang berjaya harumkan nama negara dalam pelbagai bidang mesti ada makhluk yang berusaha mencacatkan sumbangan tersebut dengan macam-macam fitnah. Habislah kesilapan atau kisah silam orang tu dikoreknya. Yang sikit di banyakkan. Yang tak berapa nak pasti diputarbelitkan.

Kenapa yek? Dah tu kalau kita tak mampu nak beri sumbangan, biarlah orang lain yang mampu tu buat. Janganlah iri tak bertempat. Oklah. Aku pun tak tahu apasal aku membebel pulak hari ni. Meroyan agaknya. Keh keh keh....

Ini contoh sedang 'dengki mendengki'...(ngeh ngeh ngeh..) Jangan di tiru...

p/s: Dulu ada seorang pensyarah aku pernah buat satu titik kecik kat white board. Dia tanya kami apa yang kami nampak? Adalah pelajar jawab; dah tentulah titik kecik yang dia buat tu. Pensyarah aku tu cakap; itulah manusia, titik yang kecik ni dia boleh nampak tapi ruang kosong yang terpampang di white board tu lansung tak dipedulikan. Tak nampak. Macam tu jugalah kebaikkan dan kejahatan. Bila kita buat jahat walaupun sekali, habis semua kebaikkan kita akan dilupakan. Yang nampak hanya bahagian jahat je. Jadi berhati-hatilah dalam kehidupan.
(ingatan untuk diri sendiri jugak.) (^__^)v

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...