23.4.12

Telur Tebu.


Cuaca semakin hari semakin panas. Walaupun kadang-kadang turun hujan tapi kedinginannya hampir tiada. Kalau dulu bangun pagi mesti termenung dulu dalam bilik air, tapi sekarang nak cepat-cepat mandi sebab rasa panas. Panas yang berbahang sampai aircon di pejabat pun rasa tak sejuk.

Tapi aku bukan nak sebut lebih-lebih tentang cuaca tapi nak tanya, korang pernah makan telur tebu tak? Rupanya ada iras macam serai kena potong tapi bila buka kulitnya nampaklah isinya yang mulus...hehehe...

(gambar dari blog www.malaysiaria.com.my)

Pertama kali aku makan di rumah kawan, rasanya memang best macam telur ikan pulak. Mak kawan aku tu masukkan sayur ni dalam kari. Sampai sekarang aku teringat-ingat.

(eleh...bab makan memanglah cepat sangat kau teringat Hud!)

Aku ingat mak aku tak tahu pasal sayur ni tapi rupa-rupanya dia cakap;
"ala..belakang rumah nenek kau tu banyak..suka makan ke?"

.....ngeee..apalah mak aku ni kenapa tak bagitahu aku wujudnya sayur best macam ni awal-awal lagi?

Mak aku jawab; " sayur ni tak berapa glamer kat sini..ramai orang tak tahu.."

Oooo...lepas tu mak aku terus kutip telur tebu di belakang rumah nenek dan dia goreng aje. Agaknya mak aku ni tak berapa gemar sayur ni, tak pun malas nak ambik, sebab tu dia tak pernah masak benda tu...hehehe...

p/s: kat KL, lagilah susah nak jumpa!

hah! ni apahal lak ni???

Leo: diorang cakap Yo gemOk...nengok, Yo boleh masuk lam bakul ni..

Uwan: (=.=) ....suka ati ko la...

1 ulasan:

nur anis berkata...

telur tebu? macam pernah rasa je..tapi lupa la...

haha..gemok la tu leo..siap bontot kat luar bakul tu..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...