12.5.12

Hati si Combi...

Ini Combi. Dah lama dah dia tiada di dunia ini. Combi kucing yang dijaga jiran sebelah rumah. Sebenarnya ibu Combi seekor kucing jalanan. Ibunya telah melahirkan Combi dan adik beradiknya di depan rumah jiran kami tu. Jiran kami memang baik hati dan telah menjaga mereka dengan baik cuma tak boleh masuk rumah saja.

Ketika itu aku belum lagi ada Leo dan Sakura. Setiap hari Combi dan adik beradiknya bergurau senda depan pintu rumah kami. Oleh kerana kami adik beradik memang suka kucing, kami selalu tumpang bermain dengan Combi. Lama-lama adik-adik Combi ada yang hilang dan ada yang tergilis kereta dekat parking. Tinggallah Combi seekor saja. Ibunya pun dah tak ada. Dengar cerita dah kena tangkap. :(

Oleh kerana dah rapat dengan kami, setiap kali melintas depan rumahnya, si Combi mesti menyambut kami balik tapi dia akan diam membatu bila tuannya ada kat sebelah. Yang lucunya, kepalanya yang terpusing tengok kami sampai bayang kami hilang dalam rumah. Mukanya nampak sangat nak ikut kami. Tapi Combi kucing yang kenang budi. Dia tahu jaga hati tuannya sendiri. Dia tak akan tinggalkan tuannya walaupun kami panggil. Aku belum pernah jumpa kucing sesopan itu. Tapi tuan dia tahu. Tuannya akan cakap; "Combi, pergilah main.."

Dia faham agaknya. Terus berlari ke depan pintu rumah kami. Hari-harilah macam tu. kami bagi dia kudapan sebab dia dah siap makan kat rumah dia. Dia datang cuma nak main. Macam-macam kami main. Main tali, main geletek perut, main bola...

Kucing pun reti bahasa. Kalau kami tak ajak masuk jangan harap dia masuk walaupun kita sudah rapat dengan dia. Kalau kami pelawa masuk dia cuma duduk tertib tepi pintu. Tak berani nak lebih-lebih merayau dalam rumah orang. Kena ajak pun dia tak nak. Jadi tiap-tiap hari kami main dengan dia dekat pintu. Bila tuan dia panggil nama dia, sepantas kilat dia berlari pergi.

Kemudian satu hari Combi dah tak kelihatan. Tuan Combi beritahu Combi sakit mulut. Ok. Aku fikir pasti dia di kuarantin. Tapi kemudian dia dah tak muncul-muncul. Akhirnya tuannya cakap Combi dah hilang.  Hilang dengan keadaan kesihatan yang teruk. Aku rasa sedih sebab dia macam tahu saja dirinya sakit lalu pergi meninggalkan kami. Tak berjejak. Nak kata kena tangkap, orang tak akan tangkap kucing yang sentiasa duduk depan rumah sendiri.  Mereka cuma tangkap kucing liar yang merayau di sekitar flat.

Aku cuba cari di sekitar kawasan. Memang tak nampak langsung. Kini Combi hanya tinggal kenangan. Dia si kucing jalanan yang lahir dan membesar depan rumah orang. Combi kucing yang baik, bijak dan tertib. Kenangan dengan Combi akan selalu kami ingat sampai bila-bila sebab dialah yang mengubat rasa stres dan sunyi kami satu ketika dulu. Walaupun dia cuma seekor kucing tapi dia kucing yang hebat.

(Semoga kamu aman di sana Combi...walaupun kamu bukan kucing kami tapi kami sayangggg sangat kat kamu...rest and peace sayang..)

4 ulasan:

ery D cat berkata...

sy sayu dan sedih bl baca..sbb smbil baca sy membayangkan keadaan dia berada didepan rumah jiran..dan bermain2 bersm...dpt rskan kasih syg antara kuarga kamu dan combi...dia tenang disana dan xslh kalau kt nak kenang....kngn yg manis tu...:) (slunya yg dh pergi byk mengajar kita tntang sesuatu)

Mama Tatami berkata...

huhuhu...sedih baca ni. baru first line dah kuar airmata. sensitip betul la jiwa ni. semoga combi aman disana. salu kan, org kata, kucing kalau dia nak pergi jauh ke rainbow bridge, dia akan pergi tanpa jejak sbb dia x nak kita sedih. tp hakikat nyer, kita tetap rasa sedih sebab kita sayangkan dia. mcm combi ni, sume org sayang dia. Wait for us at rainbow bridge dear. RIP

hud aikara berkata...

ery & Mama Tatami; sampai sekarang bila terkenangkannya saya rasa sebak.sebab dia sangat tahu yg dirinya hanya kucing jalanan yg dijaga dengan ihsan tuannya. Dia hanya duduk luar rumah dekat kandang kayunya yg tuannya buat. Gambar yg terpapar tu satu-satunya gambar yg saya ada. Rindu sangat2 kat dia. T-T

meowwmania berkata...

sedihnya...


bergenang air mata baca :((

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...