15.5.12

Histeria di asrama sekolah.

Zaman sekolah dulu aku banyak kenangan menarik. Masa tu tak adalah rasa best pun tapi bila dah tinggalkan sekolah semuanya aku rindu. Pernah di asrama sekolah kami, terjadi kejadian histeria beramai-ramai. Sampai tengah malam tak habis-habis dengan jeritan. Masa tu dengan automatiknya terwujudlah 'jururawat' tak bertauliah. Hehehe..

Aku pun dah lupa punca jadi huru hara tu. Rasanya ia bermula dengan seorang pelajar sakit. Kemudian ketika dalam dewan seorang demi seorang yang lemah semangat tiba-tiba pengsan. Memang kecohlah dengan jeritan sana-sini. Kesian pulak aku tengok kawan-kawan aku yang jadi AJK asrama, terkejar-kejar jaga budak-budak. Mana-mana yang menangis ketakutan tapi belum kena jangkit lagi, kami bagi peluk Al Quran.

Aku tolong apa yang patut. Nak tolong kawan-kawan yang kena histeria dah tak dapat dah, sebabnya seorang yang sakit, tukang jaganya sampai empat lima orang. Jadi aku rasa dah lebih dari cukup tu. Aku dan rakan-rakan lain termasuk kawan-kawan lelaki lepak ajelah di penjuru tepi dewan. Jadi pemerhati. Mana tahu kalau ada orang melaung nak minta tolong...senang nampak kami ni...

Malam tu adalah guru-guru yang datang menjenguk termasuk seorang 'pakcik' (aku tak tahulah dia ustaz ke bomoh) datang untuk tenteramkan keadaan. Kawan-kawan lelaki pun ada yang dah masuk dorm perempuan tolong azan dengan warden. Pendek kata memang agak mencemaskanlah.

Tapi sekarang bila dikenang-kenangkan ia telah menjadi satu memori zaman asrama yang indah. Tak ada apa yang serius berlaku malam itu. Aku bersyukur selepas itu rakan-rakan aku semua selamat. Cuma ada le yang ambil kesempatan pura-pura kena histeria. Nak cari perhatian...penat kawan-kawan usung dan jaga dia di bilik TV, dahlah berat...rupanya olok-olok sakit. Hehehe..apa lagi kena kutuk kaw-kaw lah...

Uwan: hah, ni kenapa ni? nak histeria jugak ke?

Kuya & Leo: elehhh...orang main-main jer...

p/s: mungkin aku masih bingung macam mana orang diserang histeria ni, tapi kepada yang cepat lemah semangat janganlah bermain atau bergurau senda lagi bila hari dah senja. Nanti macam-macam benda hinggap.

2 ulasan:

meowwmania berkata...

bese kot kes histeria kat sekolah berasrama nih

kite pon ada pengalaman camnih...mujur diri sendiri tak kena huhuu...serammm

nur anis berkata...

eh eh..boleh pulak pura-pura histeria ye...seramnya lah tengok orang histeria..

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...