13.5.12

mak, macam mana adik boleh ada dalam perut mak?

Masa kecik-kecik dulu aku selalu banyak soalan dalam kepala aku. Macam-macam soalan.

Misalnya; kenapa yek bila aku bergerak, bulan turut bergerak? Atau kenapa guruh berbunyi macam tu? Atau macam mana baby keluar sedangkan tempat keluar baby tu kecik??? Atau apa rasa keluar darah haid? Sakit ke?

Aku percaya bukan aku seorang saja masa kecik dulu ada soalan-soalan macam ni....hehehe...tapi bila kita tanya orang dewasa kadangkala jawapannya lebih membingungkan atau mengecewakan. Mereka malas nak layan kan?

Dan ada jawapan yang diberi sampai sekarang bila aku terkenangkan...alahai...
Soalan 'guruh berbunyi' ada ke jawapannya; malaikat tengah bergaduh, baling-baling kerusi??? Tau tak, aku yang kecik masa tu pun jadi bingung sampai tak tahu nak tanya soalan selanjutnya!

Moralnya kalau kanak-kanak bertanya jawablah dengan ikhlas. Jawab dengan betul, ikut taraf pemikiran mereka. Kalau tak tahu cakap tak tahu dan suruh mereka rujuk buku. Sebab dengan cara itu perkembangan minda mereka akan lebih positif dan bijak. Jika tak larat nak layan sebab letih, beritahu mereka dengan jelas yang jawapannya kita akan beri kemudian. Nanti tak adalah budak tu tercengang-cengang dengan karutan kita. Biasanya bila soalan tu bunyinya macam ni;

"mak, macamana adik boleh ada dalam perut mak?"

Mesti serba-salahkan?

Jangan marah budak tu. Dia cuma ingin tahu.

Jadi kita letakkan diri kita pada pemikiran dia. Aras kefahaman dia.

"Allah yang beri kita adik ni. Dari sekecik biji beras Allah tumbuhkan, sekarang dia akan makin membesar. Kita kena jaga dia baik-baik." Aku rasa jawapan ini sudah cukup memuaskan hati kanak-kanak yang usianya empat lima tahun. Jangan tanya yang dah sekolah sebab budak-budak sekarang ni mereka kadang-kadang lebih over tahu! Hehehehehe....

p/s: meroyan pulak teringat hal dulu-dulu...(^__^)

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...