1.5.12

Nak pergi KL IBF tapi terperangkap dengan BERSIH lah pulak...

Weiiiii....PESTA lagi!
Bukan pesta muda-mudi tau.. tapi pesta buku.

Dah dua kali Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KL IBF) di PWTC aku tak pergi.
Malas. (Mentang-mentang dekat) Hehehe...Tapi hari sabtu baru ni aku nak lepas gian usha buku...konon nak beli majalah jer.

Nah kau. Sampai jer terus rambang mata.


Mulanya aku keluar dengan kawan, naik LRT. Sebab kalau ikutkan, guna LRTlah paling jimat dan tak pening kepala. Tapi aku silap masa. Kebetulan BERSIH sedang berhimpun. Faham-faham jelah apa yang berlaku. Sesak ya amat!

Ingatkan tak bertembung dengan mereka, tapi aku dan kawan bertolak dalam pukul satu lebih dan ada dikalangan orang-orang baju kuning ni dah nak balik. (Agaknyalah sebab sesak beratur beli tiket kat mesin). Selebihnya sedang berkumpul diluar stesyen.


Geng baju kuning.

Okaylah kami teruskan juga perjalanan. Setiap Stesyen memang ramai manusia termasuk di Stesyen LRT PWTC. Hah, kat sini ramai dengan kumpulan yang memang nak memeriahkan pesta buku sampai nak jalan pun susah. Susah payah kami menyelit keluar.


Macam-macam buku pun ada...pilih aje...

Orang ramai di dewan yang dipenuhi barangan dan buku dari Syarikat Karangkraf. Aku rasa tempat diorang paling besar kot.


Ada juga persembahan ditengah lobi.

Antara kios dan gerai.

Nak dijadikan cerita selepas berjam-jam dalam PWTC kami bertolak pulang. Kaki dah sakit nih. Orang memang ramai gila kat mesin tiket. Sesak nafas aku dibuatnya. Malangnya perhimpunan BERSIH yang mulanya aman  mula bermasalah. Apalagi tempiasnya terkena kat kami. Semua LRT Star atau PUTRA tidak berhenti di laluan Masjid Jamek. 

Laluan ni penting sebab dari STAR kita akan bertukar train PUTRA di sini. Jalan ke pusat bandar di tutup. Kami ambil keputusan nak ambil teksi di kawasan Puduraya. Apa yang jadi...dah aku agak masa nilah pemandu teksi nak sembelih orang. Diorang tak pakai meter dah. Main bagi harga je sebab ramai dah terdesak nak balik.

Mahu tak mahu terpaksalah. Kalau tak, bermalamlah kami kat situ nak tunggu laluan dibuka semula. Dahlah penat!

Kami minta teksi hantar terus ke KL Sentral. Tempat semua pengangkutan awam berpusat. Lega bila dapat balik....rasa serik betul.

Hehehe...yang ni beg-beg belanja yang dipenuhi buku yang kami beli...balik rumah aku terus mengadap dua buah novel yang dibeli tanpa memperdulikan komputer aku dan budak badak ni...

Kesian....tertidur sebab kebosanan...

p/s: cuma satulah ironinya BERSIH ni..lepas diaorang tinggalkan tempat berkumpul, mak aiii..memang tak bersih lansung! 
Pakcik, makcik, abang, kakak, dan adik oiii...menjaga kebersihan pun sebahagian dari iman...apalah salahnya pegang dulu sampah tu sampai balik dan kemudian buang dalam tong sampah...kalau benda kecik macam ni tak jaga macam mana nak mintak orang lain 'bersih' sekali...

ALAM SEKITAR PUN SAMA PENTING. (^__^)v

nak baca sinopsis dua buah novel yang aku beli di KL IBF tu boleh tengok kat sini; http://hudbuku.blogspot.com 
Novel 'Dia segalanya' dan 'Maaf jika aku tak sempurna'.

Tiada ulasan:

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...