13.5.12

Susah kalau sudah jatuh hati dengan 'Cik Dengki' ni...


CERITA DENGKI LAGI...
(kau dah takde citer lain Hud?)


Cik Dengki.




MySpace Widgets
 

Cik Dengki suka goda kita kan. Mudah sangat sesetengah daripada kita suka pada Cik Dengki ni.

Kita jadi ikut telunjuknya supaya mudah  'sakit hati' dengan orang yang sudah berjaya. Paling parah dengki pada mereka yang tidak mengenali kita. Tapi kita tahu berkenaan mereka.


Ahhh..manusia memanglah manusia. Kadang-kadang orang tu terkenal sebab cuba berkempen tentang kesedaran hak haiwan pun kena kutuk.

Gemar betul dengan hobi mencari kesalahan orang lain tanpa nak ambil tahu kisah sebenar yang berlaku. Main percaya aje dari mulut ke mulut atau jari ke jari. Lebih teruk lagi bila mulut rancak mengata dan memprotes tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia protes. Cuma ikut-ikutan saja. Memang best bergosip ni, macam rasa isi ikan bakar yang ditenyeh dengan air asam.

Fitnah timbul dari gosip. Jadi bila dengar gosip jangan cepat-cepat nak sebarkan tanpa siasat hujung pangkalnya. Lebih-lebih lagi bila gosip tu dah berterbangan di dada 'Cik Tenet' (internet) ni. Bahaya sangat...

p/s: SELAMAT HARI IBU, ISTIMEWA BUAT IBUKU TERCINTA DAN KHAS UNTUK  RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG BERGELAR IBU TERMASUK IBU KUCING! HAHAHA...

2 ulasan:

Uncle Jonni berkata...

slmt hari ibu buat semua ibu2....

ok lah... ibu2 kucing juga.... huhuhu

hud aikara berkata...

hehehehe...

blog buku Hud aikara.

  • Pemandu Van Jenazah - Tajuk: Pemandu Van Jenazah Penerbit: Utusan Karya Tebal: 270 m/s Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritaka...
    3 tahun yang lalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...